Friday, April 29, 2011

Buat anakku Muhammad Adam Haikal

Alhamdulillah saya punya waktu yg cukup banyak untuk menulis blog ini.. lepas ni belum tentu akan diupdate sekerap ini.. ya sebab di sini kerja saya hanya berbaring saja.. tdk ada apa lagi yang boleh saya buat..

Saya mahu tulis entry ini buat anak sulung saya Muhammad Adam Haikal. Teringat hampir 7 tahun lalu saya melahirkan adam.. yer juga dihospital ini.. secara kecemasan.. pada mulanya saya admit di Pusat Perubatan Intan.. namun setelah lebih 12 jam sakit akibat induce jalan masih belum terbuka sepenuhnya.. saya masih ingat bertapa saya sakit yang amat sangat ketika itu menahan contraction.. Ya Allah sakit tdk tergambar.. akibatnya beliau distress dan hampir kelemasan.. bacaan CTG menunjukkan bayi sudah kelemasan.. heartbeat mula lemah..

Saya dihantar ke HKT pada waktu itu sesampai di sini jalan didapati sudah fully dilated.. saya sudah bersedia untuk melahirkan.. tdk sampai sejam saya selamat melahirkan seorang putera lelaki yang amat comel.. namun kelahiran terpaksa dibantu oleh vacuum sebab saya sudah kepenatan akibat sakit yang terlalu lama..Berat beliau ketika dilahirkan adalah 2.65kg..

Namun saya tidak boleh bersama beliau selepas kelahiran kerana beliau perlu diletakkan di NICU akibat lemas.. beliau perlu diletakkan di dalam inkubator dan dibantu alat pernafasan pada mulanya dan ditahan untuk menghabiskan dose antibiotik..setelah 3 hari beliau dibenarkan pulang..

Selepas 2 hari dirumah beliau terpaksa ditahan balik akibat bacaan jaundis yang tinggi.. setaiap hari beliau dicucuk untuk diambil darah dan di masukkan ubat..habis lebam tangan dan kaki halus beliau dicucuk2.. ohh sungguh pilu hati saya melihat keadaan itu.. sesungguhnya beliau seorang bayi yg tabah saya yg dah tua ni pun fobia dicucuk doktor aapatah lagi bayi sekecil itu.. saya sering menangis mendengar beliau menangis kesakitan..

Menjaga adam ketika berpantang amatlah mencabar iman kami suami isteri.. sepanjang dalam pantang dia akan menangis bermula 11mlm sehinggalah ke jam 3/4 pagi..kasihan suami saya ketika itu terpaksa bergilir mendodoikan adam walaupun esoknya beliau terpaksa berkerja lagi..beliau menangis malam bermula dari masa berpantang sehinggalah kami pindah rumah ke fasa satu.. memanglah saya kurang mempercayai hantu bagai.. tapi saya rasa keadaan rumah lama kami agak panas membuatkan dia tdk selesa..

Anakku Adam andai suatu hari nanti adam baca blog mama ni ketahuilah sayang bahawa mama dan abah sangatlah sayangkan adam.. yer mama dan abah bukan lah ibu bapa terbaik dan sempurna.. kami sering teralpa dan tersalah mendidik adam.. tapi mama dan abah sering bagi yang terbaik buat adam..

Mama sedar mama sering mahukan adam buat yang terbaik untuk kami.. mama tahu adam mungkin tertekan dengan mama.. mama sering terailap membanding2kan adam dan adib.. namun terselit di hati kecil mama, mama sedar adam seorng anak yang low profile adam tak suka menu juk2 apa yg adam tahu.. mama sedar adam budak bijak namun adam terlalu suka bermain..namun mama sepatutnya sedar bahawa keputusan peperiksaan yang bagus bukanlah ukuran kejayaan buat anak2.. sepatutnya mama ukur kematangan adam berfikir, membuat keputusan dan kebolehan berdikari..

Mama masih ingat adam anak yang baik adam berdikari sejak kecil.. bermula umur 4 tahun adam sudah pandai buat susu sendiri.. adam boleh buat pelbagai benda sendiri.. adam cepat berdikari sebab ketika umur 2 tahun adam dah punya adik.. adam sudah tdk perlu memakai pampers ketika umur 2 thn lebih tanpa perlu potty training..

Adam seorang anak yang lembut hati.. adam anak mama yang sensitif.. mama tahu mama selalu marahkan adam pukul adam cubit adam.. padahal mama tak perlu buat semua tu untuk mendidik anak2 mama.. Mama akui mama sering naik angin bila berdepan dengan adam.. cepat saja tangan mama naik bila dgn adam sebab adam suka buat benda yg mama x suka..
Mama tahu mungkin tujuan adam mungkin cuma mahu tarik perhatian mama..

Anakku sayang, sesungguhnya mama sayangkan adam.. kasih mama untuk kedua anak mama sama saja tiada bezanya.. mama doakan agar adam jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat..Adam jangan nakal2 lagi yer sayang jangan buat darah mama naik ke tingkat atas.. i love u so much anakku adamBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment