Monday, April 25, 2011

Hari ke 17

"Kesabaran itu adalah sebahagian dari Iman-Al Hadith"

Kandungan kali ini amat mencabar saya rasakan sebelum ini saya cuma berhadapan dengan morning sickness tu pun saya dah mengeluh2.. sebenarnya morning sickness bukanlah apa2 pun berbanding cabaran kali ini..

Bayangkan saya direhatkan bermula awal bulan 3..pada mulanya hanya diberikan mc bedrest dirumah selama 3 minggu.. kemudian bedrest pula di hospital.. bedrest di rumah bg saya okey jer ada suami dan anak2 disisi.. tapi bedrest di hospital amatlah menyeksa jiwa raga..

Bayangkan ni minggu ketiga saya dihospital.. anak2 pun ntahlah mcm mana.. saya rasa hidup sangat kelam kabut.. anak2 tdk blh masuk jumpa saya sbb mereka masih under age..saya terpaksa keluar ke depan jumpa mereka walaupun saya x blh duduk lama tapi tetap gagahkan juga duduk lama kat bench sbb semata2 nak bersama diorang pastu mulalah bila masuk saya terpaksa berbaring dekat sejam lbh utk recover balik rasa tekanan yg menekan uri tu..

Tapi di HSNZ ni walaupun keadaan makanan, toilet dan persekitaran adalah jauh lebih baik dari di hosp. kemaman namun saya terseksa sebab tdk blh berjumpa dgn anak2 dan suami secara lbh kerap.. ooh saya sgt rindukan mereka..tssskkk...

Kekadang datang niat jahat mahu melompat2, angkat benda2 berat, atau mahu panjat tangga ketingkat paling atas then turun naik supaya berlaku pendarahan maka saya blh bersalin lebih awal..namun bila fikirkan baby akan terseksa dlm incubator lbh lama akibat premmie saya batalkan niat tu biarlah saya terseksa dari dia kena cucuk sana sini atau silap2 kena warded dgn lbh lama lps bersalin lagi seksa..skrg sekurangnya saya masih blh berjalan sana sini lepas csect sure lagi seksa nak berjalan atau bergerak mahu jaga sikecil.. xperlah nak mama sabar dulu tssskkk..

Amy Ismail : Menghintung hari detik demi detik.. ooh lambatnya..semoga hati ini terus bertabah.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment