Thursday, January 19, 2012

Anak oh anak...

Sebelum bercakap pasa tajuk nak bagitahu saya kehilangan iPhone yg sentiasa berada dlm genggaman saya selama 2 tahun...saya sering terasa kehilangan sesuatu yg sgt bernlai sbb didalam nya byk nota2 serta reminder penting yang saya xder salinan kat tempat lain seperti gambar dan pelbagai resepi..arrggghhh!! hati sungguh tak keruan walaupun suami belikan saya S2 tapi kami sungguh tidak ada kimia..tidak serasi bersama T_____T

Baiklah bercakap pasal tajuk anak oh anak...akhir2 ni saya sering rasa saya seorang ibu yg sgt x baik..iya mendidik anak sebenarnya amatlah sukar..tidak semudah mendidik anak yg masih kecil once anak sudah masuk sekolah cabaran menitikberatkan pendidikan buat mereka adalah terrrrrsangatlaaaah penting..bila baca ni lagilah ya Allah saya rasa bersalah...
Lagi terasa bila baca ""Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya."

T___T ya mengaku itu saya..terasa sungguh selfish..sebenarnya saya mahu jadi seperti mereka Chika, ayin dan Odah. mendidik anak mereka secara sempurna mengikut acuan yang mereka kehendaki tanpa campur tangan 'tangan-tangan' luar..

Mampukah saya membetulkan kembali kesilapan saya???ibu-ibu di luar sana sila jgn jadi seperti saya...

Tuesday, January 3, 2012

A lil update

As salam, buat kalian *sekiranya blog sepi ini masih ada pembacanya..*

Banyak cerita mahu ditaip banya benda mahu diberitahu..tetapi mood dan masa sangat mengekang..

Sejak henfon ni masuk air masa kat hospital.. henfon ni dah x mahu berhubung langsung dengan laptop..akibatnya saya x blh transfer gambar sebagai bahan utk blog..ya hujah yg cukup bagus utk dptkan iP4s..ekeke..


Adam,
sdh darjah dua tahun ni dan semakin hero..mengakibatkan saya sering bertukar menjadi harimau dan tarzan..tapi blh diharap utk jaga batrisyia..



masterchef adam with his donut ball



Adib,
juga semakin keras kepalanya dan buat saya mati akal..blh membaca dgn semakin laju dan semakin bijak..



photog adib with his cute model



Batrisyia,
budak plg baik.. sentiasa tenang juga semakin comel..sdh berusia 7 bln sgt bulaaaaat dan sgt kuat mkn dan menyusu..sering menjadi pengubat jiwa saya ketika hati membara dgn karenah abg2 nya..





cute lil sister

*byk nya semakin??

juga saya semakin rajin baking bagi membulatkan diri yg dah sedia bulat.
.

ok jom layan gambar baking..



ampun yerr upload dr henfon gambar jenuh resize.. T______T BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop