Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Hari ke 33 (Operation Day!!)

Semalam
Masa maghrib tu serius tangan saya berdenyut sakit yg amat sangat sampai masa mandi mengalir air mata.. mulanya saya ingatkan biasa saja mungkin saya jer yg manja jadi saya tahankan jer.. tapi hanya tuhan yg tahu betapa ya Allah sakitnya.. nasib baik nurse yg PP jgk sebelah saya perasan.. lepas tu dia kata tangan saya dah start bengkak.. lepas tu dia terus bgtahu nurse suruh cabut.. then terus sapu minyak panas xnak bagi bengkak...terus rasa lega.. aduh.. rupanya ada lagi sorg patient yg senasib kena dgn Dr. yg sama.. rasanya Dr tu HO n mmg agak kasar n x pandai..Malam tu masa nak tidur ada Dr MO datang pasangkan line balik.. tapi saya serius fobia.. nasib baik walaupun lelaki lembut jer dia pasang tapi bukan tempat yg sama lah tempat lain sbb line kat situ dah bengkak.. and lepas tu blh jer saya tidur sbb dah x sakit dah..

Sebelum tidur tu saya mkn mknan yg di bawa suami share dgn nurse sebelah pastu nurse bg saya ubat yg rasa mcm limau nipis.. pastu sebelum tidur nurse masukkan lagi 3 jenis ubat katanya macam2 ubat xnak bg gastik dan macam2.. selain tu saya kena shave segala bulu roma tapi saya buat sendiri jer sbb malu huhuhu tup2 terluka sket hohoho rasanya sikit jer kot tapi bleeding larr..then shave kat bhgn bawah perut..

Pagi
Pagi2 lagi seawal jam 5 pagi nurse datang kat tempat saya1untuk masukkan ubat pelawas b*rak..tapi saya request nak buat sendiri sbb malu huhuhu.. n pastu terus ke toilet utk masukkan ubat dan melabur..
to be continue

*********update*****************
Saya disorong ke OT room pada jam 11am.. perasaan ya Allah hanya Dia yg tahu..time mintak maaf bersalam tu ya ampun.. serba x kena baring salah nk terkencing lah terberak lah punya lah debaran huhuhu..

Sebelum disorong ke OT tu Dr Tg Balqis set new lines kat tgn saya sbb line semalam bengkak jgk huhuhu.. then Dr Balqis bgtahu saya 'akak alhamdulillah Doc pakar Dr Zahar setuju nak operate akak' sbb dr MO biasa x sanggup handle PP type 4. hari saya operate tu ada 3 lagi kes lain utk PP type 2 n 3..

Then Dr Zahar perkenalkan diri pastu bagitahu akn bius penuh.. terkejut gak sblm ni semua kes bius separuh jer..huhuhu pastu dia bgtahu nak pengsankan saya.. then x sedar apa2 dah..

Bila dah sedar ader wire panjang dlm mulut.. n mcm2 machine pasang utk monitor mcm2 pastu masa tu saya sakit yg amat pastu dia suruh saya tekan sendiri morphin bila sakit tp still sakit jgk.. saya ckp sakit lagi tu nurse yg monitor ckp xleh lebih2 dah sbb morphin tu dah kuat sgt dah..

Saya tanya bb girl or boy nurse tu x tahu sbb dia x jaga masa operation.. then after few hr lbh kurang jam 3-4 ptg saya disorong ke wad 2A.. masa on da way tu umi bg tahu its a girl.. alhamdulillah..

Rupa nya tersilap sepatutnya saya di sorong ke HDR untuk monitor lagi sbb saya kehilangan darah yg terlalu byk 1500cc haih lbh krg 1.5 litre.. tetapi saya bernasib baik sbb HB saya tinggi b4 operation 12 masa tumpah darah tu HB saya 8.8 alhamdulillah x perlu transfuse darah lain.. kurang skit risk allergy darah n sebarang penyakit lain..

Malam tu baru saya disorong balik ke wad 2A balik.. baru lah berpeluang tgk baby saya.. mlm tu saya xleh gerak lagi dan penggunaan morfin dah kurang tghari tu cabut wire morfin n wire drip air.. then wire kencing dicabut arrgghh ngilu giler..

ya allah serius sakit operate baru ku tahu nak gerak pun ya allah x terkata.. ibu2 yg operate tu mmg saya salute.. saya mmg susah yg amat nk gerak subhanallah..nk bf baby un seksa giler nk pusing nk bangun nk baring arrrggghhh.. sakit yg amat huhuhu..


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, April 26, 2011

Placenta previa

Mari lah kita berkenalan dgn PP yang membuatkan saya stuck selama hampir sebulan di hospital dan sebulan bedrest di rumah.. di rumah agak heaven sbb relax jer xder tekanan perasaan tapi kat hospital mmg mcm..hell

Saya mula di detect low lying placenta pada 24week pregnancy.. and confirmed PP type 4 masa 30weeks oleh Dr Suraya..

Actually ada beberapa jenis PP:

Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya.

Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.

BAHAYA URI DI BAWAH

INFO 1:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.

Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.

Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.

Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.

Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.

Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


INFO 2:

KEADAAN uri di bawah lebih bergantung kepada lokasi perlekatan embrio pada dinding rahim. Bagi embrio yang melekat di bahagian atas, ia tidak mempunyai masalah ini.

Sebaliknya, jika ia melekat di bahagian bawah rahim, uri yang kemudian terbentuk juga berada di bawah. Namun, tidak semua keadaan uri bawah akan kekal di bawah.

Uri mungkin ‘beralih kedudukan’ ke atas disebabkan pengembangan atau kenaikan dinding rahim terutama selepas berlaku pembentukan segmen bawah yang mampu menjarakkan kedudukan uri dari pintu rahim.

Jika uri sudah ‘naik’ ke atas, ia tidak akan turun semula. Namun, dalam 10 peratus kes, ia kekal di bahagian bawah dinding rahim apabila anda memasuki bulan ketujuh dan anda dikatakan mengalami keadaan plasenta previa (yang bermaksud uri di bawah).

Plasenta previa lebih ditemui dalam keadaan berikut: 

- Grandmultipara iaitu sudah melahirkan lima anak atau lebih sebelumnya

- Usia

- Pernah mengalami plasenta previa dalam kehamilan terdahulu

- Pernah menjalani pembedahan Caesarean

- Kehamilan kembar

- Merokok

- Pernah menjalani D&C

- Kedudukan bayi tidak normal

Beberapa panduan boleh diguna pakai: 

-Memilih untuk bersalin di hospital yang dilengkapi kemudahan bersalin pembedahan Caesarean dan pembedahan histerektomi (jika perlu), bekalan darah dan unit rawatan rapi (termasuk bayi).

-Mengikut lawatan antenatal secara berjadual.

-Pemakanan mencukupi dan mengambil tambahan pil zat besi bagi memastikan paras hemoglobin darah yang optimum (ujian darah antenatal bagi paras hemoglobin dan kumpulan serta jenis rhesus darah lazimnya sudah dilakukan pada masa ini).

-Bersedia untuk kemasukan wad bagi tempoh yang lama (lebih bergantung kepada jenis plasenta previa, episod pendarahan dan jarak masa dari rumah ke hospital). Ini termasuk membuat persiapan persalinan serta mengaturkan hal ehwal penjagaan anak dan suami.

-Segera ke hospital sekiranya mengalami pendarahan walaupun sedikit.

Corak pendarahan lazimnya tidak menentu, ia boleh menjadi banyak secara tiba-tiba dan berterusan atau sebaliknya berhenti dengan sendirinya.

-Bersedia untuk menjalani pembedahan Caesarean (kecuali plasenta previa kecil yang tidak disertai masalah pendarahan).

Lazimnya, pembedahan ini dijalankan sekitar dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin berikutan ketika itu janin sudah cukup matang. Jika menunggu lebih lama, ia mendedahkan risiko pendarahan atau didatangi sakit bersalin.

-Faham kemungkinan tumpah darah serta keperluan pemindahan darah.

Tiada rawatan untuk ‘menaikkan’ uri. Kepercayaan berurut dapat menaikkan atau sengkak anggota peranakan wanita (termasuk uri) tidak tepat.

Uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim kecuali hanya selepas bayi dilahirkan. Uri juga tidak dapat dialihkan kedudukannya.

Dipetik dari; http://www.hmetro.com.my/

Amy Ismail: Sesetengah manusia yg x berapa nk tahu tp berlagak tahu.. bila saya kata uri kat bawah akan ckp x pergi berurut ke? dulu saya/sedare/tok nenek/ jiran/kawan n ect... urut ok jer pastu.. saya rasa either betul itu uri tapi mmg kebetulan nk naik sbb cuma 5% yg kekal pun.. atau confused dgn masalah baby songsang!! tapi sebenarnya "uri mmg x blh dialih" yer puan2.. 

Saturday, April 23, 2011

Hari ke 15

Hari ni hari pertama kat HSNZ..after sleepless night hari ni alhamdulillah much better..suasana alhamdulillah agak selesa.. mungkin sbb ni bkn kelas ketiga jadi semua nampak better compared mula2 admit kat 3rd class..

Since i'm not sleep a wink pon last night mmg menghintung jam larr..tunggu pukul 5.. panas yg amat sgt sbb kipas x sampai n nyamuk byk giler.. saya mmg xleh tidur if ada nyamuk..sgt mencik kamu wahai nyamuk!! then masa pukul 4 lbh tu nurse dtg utk check baby heartbeat n bp.. nurse tu baik sgt tanya lena x tidur nurse hosp kemaman x pernah tanya okeh!! then mulalah sesi mengadu..

Nurse tu cadangkan bwk kipas n ubat nyamuk letrik sendiri..tapi lepas ni nk kena pindah pulak sbb saya kena duduk kat katil area kritikal.. so tgk dulu kipas betul2 atas kepala ke tak.. if atas kepalabwk ubat nyamuk jer..

Kat sini rasa lbh tenang doc mmg lembut sesangat bercakap n its much more like consulting n motivating.. sorang patient dekat 30 mins..patient x ramai n round doc plak 2 org..
nurse pun semua muka manis jer..

Makanan alhamdulillah ok so far ok..tadi sandwich telur xder lah roti kosong keras mcm hospital kmmn.. dulang mkn siap ada lapik n pinggan arcopal ngan cawan siap piring complete.. xder dah dengar nurse pembantu jerit2 keluarkan pinggan dan gelas masing2 dgn muka mencuka..

Moral of the story yer benar.. suasana yg lbh baik membantu mengurangkan stress..

Amy Ismail: tapi saya tetap banjir rindukan mereka itu..tapi kurang lah sikit jumlah yg tumpah..cuma bergenang jer lah.. mungkin sbb hati saya sdh agak tenang disini.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 14

Hari ni masih menikmati hari terakhir di kg sblm re-admit kat HSNZ.. ya allah hanya tuhan yg tahu betapa beratnya hati nak pergi.. mmg terasa sgt x nak ke hospital.. terasa macam nk melarikan diri huhuhu..

Dalam duk bersiap ptg tu.. dah pukul 6.30 pun.. tetiba near missed kat bilik air nasib baik sempat pegang kat pili air tapi aduh rasa cam terkoyak sbb terkangkang masa tu nak jatuh.. aduii.. sakitnya bila jalan sampai skrg terasa lagi..

Dah maghrib pun sampai kat HSNZ..kesian diorang 11.30 pm baru sampai jln teratai.. aku lak mulanya admit kat 3rd class ya allah sesaknya aku baring kejap pun dgn panasnya ngan nyamuk lagi.. aduiii.. nasib baik nurse panggil buat ctg.. tapi masa buat ctg tu air mata jgn citer lah tumpah kemain lagi laju.. dlm hati ya allah apa aku buat ni.. menyesal giler pindah dr hospital kemaman which is way better except the toilet.. mmg nyesal x sudah larr.. dah lah xleh jumpa suami n anak2.. menyesal tahap maksimum!!!!

Pastu tiba2 nurse datang cakap wad 2 ada kosong n dia bwk troli tolakkan barang saya.. hati terasa lega alhamdulillah blh lah tidur selesa sikit kot.. alhamdulillah dapat katil tepi tingkap untuk buat aktiviti banjir secara bebas

Hati tiba2 jadi tenang tak tahu lah kenapa.. sampai jer susun barang sikit2 pastu mkn burger..x hbs pun.. x lalu terasa agak masin..skrg x suka mknan masin..pastu gi bilik air basahkan badan.. bilik air alhamdulillah bersih cantik.. bila masuk bilik air mcm pernah duduk kat wad ni.. baru teringat maybe masa zaman adib..

Tapi satu benda jer yg still x puas hati bunyi tangisan bayi masih sama mcm kat hospital kemaman cuma bknlah secara marathon sbb atient tak lah ramai sangat jadi bilangan bayi un agak kurang..

xper lah harap2 11/5 ni blh operate.. maka cuma 18 days to go x sanggup nak tunggu 22 hb.. pastu berpantang dulu seminggu rumah umi sblm blk rmh sendiri.. at least berurut sikit.. mandi daun kayu n bertungku sikit..x sabar tunggu bersalin..

Amy Ismail: sgt rindukan suami dan anak2..masa say goodbye tu masa adib ulang skrip goodnight dia ya allah pedihnya hati saya.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, April 21, 2011

Hari ke 12 dan 13

Hari ke 12- Khamis
Malamnya tdk dapat tidur sbb bayi kembar pindah ke bed sebelah saya..mereka menangis tanpa henti secara marathon..saya terpaksa menjaga salah seorang bayi sebab mak nya hanya mampu nursing satu baby sahaja pada satu masa...
seawal jam 5 pagi saya sudah pergi mandi sbb kepala sakit yang amat sbb tdk tidur semalaman...
pagi nya selepas sarapan 2 kpg roti dan milo panas saya sudah tdk sedarkan diri until Dr Mazlina and others datang round..
Pada mulanya saya ingat dia tdk dtg pun tempat saya rupanya dia dtg tapi saya tidur tdk sedarkan diri...kemudian saya ke kaunter bertemu Dr Hanani untuk minta balik on week end tapi setelah beliau gagal hubungi Dr Pakar dia hubungi Dr Mazlina dan beliau tdk benarkan..maka saya mula banjir airmata..
Tapi saya nekad untuk balik jugak hari tu saya terus call ING untuk fax GL walaupun xleh guna pun sbb bill hanya berjumlah RM31 sahaja untuk 6 hari..saya call suami untuk datang dan saya mmg nak mintak tukar ke HSNZ..
Tapi tiba2 ternampak Dr pakar iaitu Dr Nasuha datang round even dah dekat pukul satu masa tu..maka sekali lagi kami mencuba nasib untuk minta balik dan sekaligus pindah ke HSNZ..tapi mmg banyaklah nasihat di pesan pada suami dan saya kerana risiko yg bakal dihadapi adalah mempertaruhkan nyawa saya dan baby...pada mulanya beliau bertegas mahu menghantar saya dgn menggunakan ambulans..tapi saya cuba menolak..dan alhamdulillah beliau blh terima malahan saya blh re-admit on sturday maknanya 2 day hospital free for me..syukur...

Balik tu perasaan jangan ceritalah happynya blh balik rumah saya x pernah rasa gembira mcm ni bila balik rumah..lihat lah bila sesuatu nikmat itu ditarik maka kita lebih pandai menghargai nya..iaitu nikmat bersama keluarga tercinta tssskk...

Malamnya suami masakkan kami gulai telur paling enak saya rasa hahaha..sebab saya xleh telan makanan hospital segalanya manis yg amat kecuali nasi..air if pagi or minum malam mmg langsung xleh telan manis melampau...

Hari ke 13 - Jumaat
Hari ni seawal pagi nurse dah datang rumah check..aduh baru jer balik terus ada arahan suruh datang periksa..huhuhu jelas bukan betapa tinggi risiko menyebabkan pihak doc n hospital begitu concern..ya

Tghari nya kami balik kg..suami bawa keter mmg slow dan hati2 sangat juga ratusan kali bertanya saya "are u ok??" hehehe..cuma saya agak senak sikit lah akibat bergerak lama dan malam mmg masih agak terasa lah agak senak..hati agak berdebar2 dan sentiasa berdoa agar xder apa2 yg berlaku..alhamdulillah masih selamat..

Makan masakan ibu tenaknya terasa..bertambah makan huurmm blh gemuk ni..harap2 berat badan saya bertambah dan baby membesar dengan jayanya hehehe...

Amy Ismail : Hatiku girang bercuti dari hospital... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, April 20, 2011

Hari ke-11

"Patience is the best remedy for every trouble" -Titus

Kadang-kadang hati berkata pasrahlah diri.. tapi perasaan mula mengatasi rindukan rumah anak2.. tekanan dengan nurse dan keadaan tdk boleh tidur.. bukanlah aku tdk biasa dgn tangisan bayi yer aku biasa setelah punya dua org putera tapi hanya seorang dlm satu masa yer bkn seperti di sini tangisan seolah bersahutan terutama di malam hari..Benarlah rupanya bayi tidur diam dan baik di waktu siang tapi cranky yang amat diwaktu malam.. teringat zaman membesarkan adam.. tapi itu seorang jer dah buat saya sakit kepala ini kan pula ber-orang2..duh bisa bikin guwe sakit jiwa...


Esok suami akan kembali mencari rezeki setelah agak lama tdk ke luar pantai.. Saya harap dia blh kerja dgn tenang.. saya tak sabar tunggu dia balik selepas seminggu jadi saya boleh balik ke rumah walaupun atas risiko sendiri..jadi saya haruslah bersabar sedikit jer lagi.. lepas ni saya nak call suami minta bawakan ear plug atau pun head phone.. sekurangnya saya boleh tidur jadi kadar tekanan blh dikurangkan..

Alahai rindunya pada rumah tak sabar mahu pulang benarlah kata orang "Home is where ur heart is" ya mmg hati saya dirumah teringat anak2 yang ditinggalkan.. ooh kasihan nya mereka hidup tanpa mama dn abah..
Bertabahlah wahai anak2ku..

Amy Ismail : Pak Din, Cik Nad n Cik Chah tolong jaga anak saudara anda baik2 yer..

----------------------------------------------

Update: yeay!! suami call dia dapat sms hari ahad baru kena pergi luar pantai.. mood gembira joget2 esok weekend blh mintak blk.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, April 19, 2011

Hari ke-10

"Sometimes when i say "IM OKAY",i want someone to look me in the eyes, hug me tight and say " i KNOW YOU ARE NOT" - unknown”

Alhamdulillah hari ni bkn hari terakhir saya mkn masakan hasil masakan suami.. esok beliau masih ada memasakkan saya masakan paling sedap di donia.. hahaha yer wahai cik suami apa pun yg kamu masakkan adalah paling sedap sbb the effort is counted..

Hari ni doc ckp mapping plan akan dibuat rabu minggu depan dan elective csect planned pada 22/5/2011.. ya saya pilih tarikh tersebut sbb suami saya balik pada 18 hb jadi tidaklah kelam-kabut untuk beliau buat apa yg patut..
Tapi if ada bleeding or contraction lbh awal maka emergency csect akn dilakukan.. harap2 tidaklah since saya berharap supaya suami dapat azan/ iqamatkan our third baby nanti..



Amy Ismail : Hidup di sini barulah saya sedari ramai lg org yg lagi teruk sakitnya..penderitaan saya bukanlah apa2 pun berbanding mereka..masalah saya cuma tdk pandai biasakan diri sahaja.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, April 17, 2011

Hari ke 9

Hari yg penuh tekanan..
Segalanya bikin fikiran serabut..
Badan terasa restless..
Kepala terasa pening..
Mampukah bertahan untuk sebulan disini??
ooh saya sungguh tdk tahu..
Kecewa dgn mknan..
Kecewa dgn nurse yg x berbudi bahasa..
Kecewa dgn persekitaran..



-----------------------------------------------------
Baik lah cukuplah dgn segala omelan negative itu..
Saya tahu saya harus kuat semangat..
Saya tdk blh terlalu tertekan demi baby ini..
Ya tekanan sewaktu mengandung adalah tdk elok utk perkembamgan baby..
Jadi saya haruslah adapt dgn persekitaran ini..
Saya harus kuat supaya suami tdk risau soal saya apabila dia kembali bertugas..
esok hari terakhir saya blh jumpa beliau..
hari terakhir beliau hantarkan makanan..

Amy Ismail: Wahai hati belajarlah bertabah.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, April 16, 2011

Hari ke 8

Petang semalam saya kembali admit di wad yang sama namun kali ini di katil yang berbeza dan di tepi tingkap suasana kali ini agak privasi dan ruang yang agak luas.. alhamdulillah..

Seperti biasa saya banjir bila mengingatkan rumah.. dan ptg semalam waktu bersalaman dgn anak2 masa nak terpisah tu masa saya cakap "Adib jgn nakal2 tau dgr cakap cik cah, pakdin. ngan cik nad bila abah naik offshore nanti" terus muka mencebik nak menangis.. tapi saya cuba cover balik suruh ajak gi beli air nasib baik dia okey balik..



Hari ni seawal 5 pagi nurse kejutkan saya utk ambil darah.. pffttt mcm x blh tunggu lps patient bangun bodoh betul dahlah muka masam mencuka.. saya dahlah fobia lagi last week punya lebam pun x hilang lagi.. saya yg tgh mamai tu terus dia cucuk pastu tanpa matikan mata jarum terus blah rasa macam nak sepak jerr.. jantung x henti2 berdegup kencang.. aduh darah pulak duk mengalir jer.. setiap kali saya angkat tisu tu darah akan keluar balik jadi saya tekan kuat2 lama2 baru lah darah berenti barulah saya bangun mandi.. ooh pagi2 hari mood saya dah tertekan..

Hari ni terasa bosan sangat saya dah habis baca buku Jodi Picoult tu.. pastu ulang baca buku Remember Me? Sophie Kinsella tapi x syok sbb x suspen dah saya masih ingat jalan ceritanya.. i wish i cud do something else to kill the time.. alangkah bagus kalau saya pandai cross stich atau mengait..blh saya hasilkan sesuatu yg berfaedah sepanjang masa terluang disini..

Ooh terlupa saya nak update pada blog ni bahawa iPhone saya dah ok cuma ada kesan pudar kecil pada skri sebelah kanan kat bawah tapi kecil jer lansung x menjejaskan.. Alhamdulillah selamat duit saya RM1400 sbb kedai tu mintak n bg yg baru sbb katanya xleh baiki..nasib baik saya ada suami yg tahu buat macam2..*saya tahu saya selalu puji suami saya sbb saya rasa dia mcm superman saya x tahu apa yg dia x reti buat.. saya sentiasa rasa kagum..jadi pembaca sekelian sila jangan muntah ;)*

Amy Ismail: Doc dah start discuss date utk operation.. hati mulai x sabar menamatkan penderitaan disini.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, April 15, 2011

Hari ke-6 dan ke-7

Weekend berada di rumah terasa begitu singkat..saya kerap banjir sbb tak mahu hari ini muncul..hari ni saya terpaksa admit balik..hati mula terasa gundah kembali..masa terasa terlalu mengejar saya hari ini..ooh..saya masih mahu berada di rumah... 3 hari 2 malam bercuti di rumah terasa sungguh lazat..suami saya masak masakan enak ooh..saya gila makan secara tiba2..hehehe sotong masak merah, masak lemak udang, sira labu, ikan masak merah semuanya paling enak di donia..*bagi saya lah* terima kasih suami..

telefon Iphone saya rupanya dimasuki air..memang dia ada terjatuh tapi lepas tu ok jer 2 hari lepas tu baru dia rosak..suami buka casing semalam dan mmg ada air didalamnya huhuhu..saya terpaksa pinjam dulu telefon din Nokia E72 tapi agak tdk best berbanding iP kesayangan itu..saya kontrak dgn maxis selama 2 thun jadi saya harus cari telefon yg blh access internet..ooh kena beli telefon lain lah lepas ni..hurrm..sdg berkira2 apa yg nk dibeli..mahu beli ipad ?? terasa bulky..terpaksa ada telefon jugak sbb ipad xleh call..nak berjalan kena bwk 2 ketul ipad n iphone..agak x best pulak..mahu tukar jenis lain x tahu apa yg bagus sbb saya sgt puas hati dgn iP sblm ni..blh surf anytime at anywhere..dan saya x minat beri hitam sbb limited application..skrin kecik..susah nak move around the cursor..skrg guna E72 din tu yg ala2 beri hitam terasa agak limited.. Apakah saya perlu dapatkan iP4 atau nak tunggu iP5 keluar??kalu x rugi lah saya bayar data plan RM50/month pada maxis..

Amy Ismail : Masih buntu..mana satu yang nak..haha bajet bkn ada pun saja meng-gatal..
: ooh saya x nak ke hospital itu tolongggggggggg..

Thursday, April 14, 2011

Hari ke Lima

Alhamdulillah telah berlalu seminggu penyeksaan hidup di hospital..kenapa saya kata cukup seksa..sebab saya terasa terpisah dari cinta2 hati saya..juga saya rindukan rumah saya juga.. Ahamdulillah setelah merayu bagai dgn doc pakar (ya hanya dia ada kuasa untuk dirayu doc biasa x berani nk bagi saya balik walau hanya untuk weekend basis *basis kah?mungkin kali ini sahaja* dan saya juga dgn berani sign surat utk tanggung risiko sendiri andai ada apa2 berlaku...

Tiba dirumah..ooh terasa sungguh lazat menikmati bau rumah berbanding bau bahan steril dan ubatan di hospital..terasa lazat berbaring di posisi biasa saya baring di katil sendiri..terasa indah melihat dinding pink dan cadar pink katil sendiri..yang mana semua ni tidak pernah diarasai..*saya tahu saya keterlaluan mungkin hehehe* Petang semalam kami ke pantai..ya lama sudah tdk ke sana..lama juga x bwk anak2 berjalan2..selama 4 minggu saya bedrest dimana 3 minggu dirumah..dunia saya hanyalah dirumah dan di klinik rantau sahaja..seminggu lagi dunia saya hanya di wad 1 hospital kemaman.

Di Hospital Kemaman keadaan sangat teruk tiada wad kelas satu dan dua hanya wad kelas 3 saja yg ada..sampai satu tahap patient terpaksa duduk di ruang laluan kerana tdk cukup tempat..sedih bukan..? saya pernah jer duduk kat hospital kerajaan sblm ni tapi sekurangnya bkn di kelas 3 dan keadaan tak seteruk disini..itu belum saya bercerita soal bekongsi 2 tandas dgn hampir 40 org pesakit..sungguh seksa..sbb saya mengandung saya kerap terkencing dalam kain sebab menunggu..nasib baik pakaian untuk dipakai blh ganti free-flow..kalu x sah2 hancing.huhuhu..

Hari ni hari ke enam se awal pagi sudah ada nurse dari klinik kerajaan berdekatan akn datang utk memantau keadaan saya di rumah..ini adalah arahan dari hospital kemaman..ooh terasa sungguh kritikal bahaya keadaan saya huhuhu...itulah sebabnya saya tdk diterima masuk ke mana2 hospital swasta..mereka tdk berani ambil risiko selain peralatan untuk Neonatal ICU yang agak terhad.. Baiklah saya berhenti di sini dulu untuk menikmati 2 hari yang singkat ini bersama keluarga tersayang :)

Amy Ismail : - 2 hari yang sangat singkat..doakan saya dan baby selamat..
-sungguh x best hidup tanpa Iphone..adik ipar saya pinjamkan saya Ipod beliau namun sungguh tdk sama..maka lepas ni saya sdh tdk bh update blog, twitter dan FB dari hospital.saya akn mati kebosanan di sana..

Tuesday, April 12, 2011

Hari ke empat

Alhamdulillah, semalam blh tido lena.. cuma tersedar time nurse amik BP n check baby heart rate tu pun saya dlm keadaan mamai jerr.. puncanya rasanya sbb ptg kelmaren blh jumpa cinta2 hati saya.. terasa lebih ringan bebanan perasaan yg saya hadapi..

Pada pagi nya entah mcm mana terfikir pula mahu bertanya doc untuk pulang ke rumah on weekend basis.. pada mulanya junior doc mmg x bagi.. then saya dgn berani bertanya pula dgn doc pakar dr faridah (dia sgt baik dan lembut harap nanti dpt operate dgn dia) alhamdulillah boleh tapi dgn syarat kena dtg blk nanti.. n dia kata blh blk bercuti kat rumah huhuhuhu..

tghari pula suami datang bawakan makanan.. sesungguhnya saya sungguh bangga dengan kamu wahai suami.. suami saya masakkan saya sawi calong eh betul x ni? yang mmg agak leceh mahu dibuat serius saya tdk lah rajin untuk buat lauk ini sbb fish ball tu kena buat sendiri guna isi ikan tanpa campur apa2 cuma bawang merah dan garam.. sgt leceh okehh.. tenkiu en suami sayang kamu byk2..gambor nanti lah upload sbb upload guna IP ni failed lah pulak..

Amy Ismail: x sabar nak balik bercuti esok.. siap dah request GL dah huhuhuBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, April 11, 2011

hari ketiga

alhamdulillah berjaya menempuhi mlm kedua di hospital.. bermakna 2 mlm juga saya tdk blh tido.. the babies is crying next to my ears at both sides babeh..kepala terasa berdenyut2.. adakah diri ini harus bertabah selama sebulan begini atau pindah ke KTS atau HSNZ instead..??

ooh ke'cheese'san sungguh dah byk taip tadi pastu save as draft tetiba hilang.. dush3x..

ok saya taip balik sbb mmg i have all the time in the world here kat hospital ni..

ok 1st saya tanya doc wan mazlina utk pindah ke KTS.. but doc said KTS wont kept patient for long duration.. but being me?? eh sapa lak xnak duit kan?? kan ke patient bayar.. jadi untuk memuaskan hati sendiri.. saya call KTS sendiri..

Kemudian saya cakap dgn OnG specialist Doc Yusof..he told me gently that they dun do PP major bcoz of they dun have NICU to cater baby if ada problem pape nanti.. furthermore they dun have enough darah utk blood transfer if severe bleeding.. selain tu dia x cater emergency operation sbb pakar bedah dan pakar bius adalah on appointment basis.. sadis bukan?? rasa cam nak gi padamkan signboard yg tertera 'specialist' tu..

hari ni kurang skit drama air mata sbb hari ni saya blh jumpa kedua2 buah hati kesayangan saya.. ya Allah rasa bagai hilang separuh siksa utk hari ini..

Suami tersayang pula masak sambal udang yang paling lazat di donia.. ooh sangat sedap jauh bagai langit dgn bumi if compared to makanan kat hospital nih.. licin saya menikmatinya.. nurse datang pun saya suruh datang balik sbb tgh syiok mkn.. hahaha..

Amy Ismail : saya rasa agak bahagia hari ini walaupun masih bakal tempuh derita malam ini.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari kedua

sila jangan bosan dgn rentetan kehidupan di hospital ini..saya mencoretkan entry2 ini sebagai kenangan yang mungkin boleh dibaca oleh 'my third' suatu hari nanti..

hari ni hati saya sgt rapuh mcm biskut tadi en. suami datang pun beberapa kali air mata saya tumpah.. sungguh terasa sgt berat dugaan ini huhuhu

My dear third, ketahuilah kadang2 mama rasa alahai kenapa la berat sgt dugaan ni.. tapi tak apalah mama redha.. mungkin ada hikmah yang tersembunyi yg belum mampu mama rungkaikan..

Buat abah thank you very much for being there.. you were my strenght when u was weak..

Buat kedua putera mama i love u so very much.. mama sayang kedua kamu ketat2 tanpa beza.. kedua kamu lah harta mama yg x ternilai..

Amy Ismail: hati meronta mahu ke Kuala Terengganu Specialist (KTS) tapi takkan mahu tinggal adam di sini since dia sekolah.. dah tentu saya mahu suami bersama saya.. haih hidup kat hospital ni sgt horrible okeh.. saya x dpt mkn (nanti esok saya bercerita soal makanan) nasib baik ada kedai kat depan blh beli pau.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, April 10, 2011

Malam pertama di hospital

Hidup seharian di hospital bermula tengahari semalam amat membosankan..pada mulanya setelah 3 minggu bedrest di rumah *sgt heaven okehh* akhirnya saya dah x mampu mengelak untuk agreed admit kat hospital..

Maka bermulalah rentetan hidup baru terpisah dari suami dan anak2..kesian diorang huhuhu tsskkkk..

suami saya paling banyak berkorban membantu saya dan redha dlm byk perkara..Dia lebih tabah dan banyak beri kekuatan buat saya.. If given thousand times to choose i wud choosing you dear.. auww..mood romatika de amor

saya didapati mengalami Placenta Previa pada kandungan kali ini.. kami mula alert keadaan ni seawal 20 minggu.. maka bermula mimpi ngeri bila mula mencari maklumat on the net mengenai apa itu plasenta previa..

mulanya saya dah merasakan sesuatu yg agak berbeza sebab kadangkala bila bergerak terasa seolah ada satu band urat melintangi perut saya terasa tertarik..tapi mmg x tahu apakah urat tu samaada urat atau cord..

then lepas scan 4D yes doc ckp plasenta saya low lying tapi belum disahkan PP sbb belum sampai 28weeks.. masa tu hidup agak aktif outstation ke merata2 tempat..tawaf klcc n ikea jgn citerr arr..pernah masa jalan kat ikea sakit nyer perut terasa berdenyut2 tapi saya tahan jer..

Pada minggu ke 30 saya disahkan PP type 4 yg mana juga dikenali complete or major previa.. iaitu previa yg paling teruk dan paling tinggi risiko utk hemorrhage bleeding.. pada mulanya doc suraya bg surat refer tapi saya blm di tahan which sepatutnya by procedure saya sudah ditahan..

Alhamdulillah saya di rehatkan di rumah dengan mc selama 5hari x 3kali gi ambik iaitu 15 hari di rumah.. happy mmg lah rest je walaupun bosan sgt sbb x mampu buat apa2 even nak tawaf mall pun xboleh.. tapi saya dipantau oleh nurse yg dtg ke rmh dari klinik kerajaan..one of the experienced nurse tu cakap i'm very lucky tho PP4 tapi x bleeding.. alhamdulillah syukur.. setakat ni saya masih x perlu dicucuk Dexa (utk matangkan paru2 baby).

Tengahari di hari lahir saya semalam maka bermulalah rentetan hidup di hospital..saya rasa saya lebih rehat di rumah..nak gi toilet selangkah jer ni berlangkah2 naik turun bed.. berjalan kehulu hilir.. dgn bunyi baby menangis mmg saya perlu bersedia mendengar tangisan bayi selepas rehat selama 5 tahun..haih..selain tu tgh mlm semalam 3 kali nurse dtg check blood pressure and baby heart beat..saya tersedar almost every 30mins.. sangat meletihkan huhuhu..

tapi apapun saya rasa lebih selamat di sini since if severe bleeding happen kat rmh masa org xder lagi lah tinggi risiko untuk nyawa saya dan baby.. saya x sanggup pertaruhkan itu semua..

haih baru hari pertama dah mengeluh sakan..tsskk

Amy Ismail: wahai diri bertabahlah.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, April 9, 2011

Hari Lahir

Hari ni 10 April muncul kembali.. rasanya baru lagi tiup lilin untuk last year..tahun ni rasa sgt menyedihkan.. sedih sbbterpaksa admit wad pada hari lahir.. xder hadiah.. xder kek birthday..yg ada hanyalah nurse2 dan doc2..

sungguh bosan duduk kat wad.. kali ini saya memilih untuk admit di hospital govn. walaupun blh duduk kat private atau hospital yg lbh selesa tapi saya terpaksa akur dan pasrah disebabkan faktor jarak.. bila memikirkan terpaksa duduk dlm duration yg lama lebih dari sebulan.. jadi byk benda yg perlu dipertimbangkan..

antaranya.. jarak jauh untuk suami saya ulang alik bayangkan 4 jam pergi balik akan meletihkan beliau..mmg blh dia tidur sama di private tu tapi camaner pulak putera2 di rumah.. mereka perlu kan abahnya juga.. then rabu ni suami pula harus bekerja selama 2 minggu.. jadi biarlah saya di hospital yg berdekatan saja.. supaya mudah adik dan anak2 menjenguk nanti..

keadaan kat hospital ni agak sadis lah.. yerlah saya tdklah berani mengharapkan apa2.. hospital kerajaan xleh complaint lbh.. cuma blh belajar membawa diri seadanya..

Amy Ismail: mula merindui putera2 dirumah..

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop