Thursday, April 21, 2011

Hari ke 12 dan 13

Hari ke 12- Khamis
Malamnya tdk dapat tidur sbb bayi kembar pindah ke bed sebelah saya..mereka menangis tanpa henti secara marathon..saya terpaksa menjaga salah seorang bayi sebab mak nya hanya mampu nursing satu baby sahaja pada satu masa...
seawal jam 5 pagi saya sudah pergi mandi sbb kepala sakit yang amat sbb tdk tidur semalaman...
pagi nya selepas sarapan 2 kpg roti dan milo panas saya sudah tdk sedarkan diri until Dr Mazlina and others datang round..
Pada mulanya saya ingat dia tdk dtg pun tempat saya rupanya dia dtg tapi saya tidur tdk sedarkan diri...kemudian saya ke kaunter bertemu Dr Hanani untuk minta balik on week end tapi setelah beliau gagal hubungi Dr Pakar dia hubungi Dr Mazlina dan beliau tdk benarkan..maka saya mula banjir airmata..
Tapi saya nekad untuk balik jugak hari tu saya terus call ING untuk fax GL walaupun xleh guna pun sbb bill hanya berjumlah RM31 sahaja untuk 6 hari..saya call suami untuk datang dan saya mmg nak mintak tukar ke HSNZ..
Tapi tiba2 ternampak Dr pakar iaitu Dr Nasuha datang round even dah dekat pukul satu masa tu..maka sekali lagi kami mencuba nasib untuk minta balik dan sekaligus pindah ke HSNZ..tapi mmg banyaklah nasihat di pesan pada suami dan saya kerana risiko yg bakal dihadapi adalah mempertaruhkan nyawa saya dan baby...pada mulanya beliau bertegas mahu menghantar saya dgn menggunakan ambulans..tapi saya cuba menolak..dan alhamdulillah beliau blh terima malahan saya blh re-admit on sturday maknanya 2 day hospital free for me..syukur...

Balik tu perasaan jangan ceritalah happynya blh balik rumah saya x pernah rasa gembira mcm ni bila balik rumah..lihat lah bila sesuatu nikmat itu ditarik maka kita lebih pandai menghargai nya..iaitu nikmat bersama keluarga tercinta tssskk...

Malamnya suami masakkan kami gulai telur paling enak saya rasa hahaha..sebab saya xleh telan makanan hospital segalanya manis yg amat kecuali nasi..air if pagi or minum malam mmg langsung xleh telan manis melampau...

Hari ke 13 - Jumaat
Hari ni seawal pagi nurse dah datang rumah check..aduh baru jer balik terus ada arahan suruh datang periksa..huhuhu jelas bukan betapa tinggi risiko menyebabkan pihak doc n hospital begitu concern..ya

Tghari nya kami balik kg..suami bawa keter mmg slow dan hati2 sangat juga ratusan kali bertanya saya "are u ok??" hehehe..cuma saya agak senak sikit lah akibat bergerak lama dan malam mmg masih agak terasa lah agak senak..hati agak berdebar2 dan sentiasa berdoa agar xder apa2 yg berlaku..alhamdulillah masih selamat..

Makan masakan ibu tenaknya terasa..bertambah makan huurmm blh gemuk ni..harap2 berat badan saya bertambah dan baby membesar dengan jayanya hehehe...

Amy Ismail : Hatiku girang bercuti dari hospital... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment