Sunday, April 17, 2011

Mengenai pelakon utama

Akibat kebosanan marilah kita meng-update blog patplohpat kali sehari.. ya saya sangat bosan di sini jadi mari lah saya buat entry khas buat suami terchenta.. Saya mahu mengabadikan entry ini buat beliau.. entry ini adalah pandangan peribadi dari saya sahaja yakni siapa beliau di mata saya..

Nama penuh beliau Mohd Azhar bin Ab Ghani adik2 panggil beliau sebagai aja, saya panggil beliau abg manakala putera berdua itu panggil beliau abah.. tapi jgn tak tahu nama glamour lip lap dikalangan kawan2 beliau adalah zack ;p hehehe *saya tahu dia akan terasa muda bila dipanggli zack hehehe..

Saya mengenali beliau ketika zaman belajar dulu tapi kami mula serius ketika sudah berkerja.. beliau chenta hati pertama saya hehehe yer sebelum ni saya x pernah berchenta secara serius pun yer.. cuma cinta monkey tu adalah jugak hehehe..

Kami memeterai perhubungan kami pada 7 Mac 2003..kini kami sudah pun berusia 8 tahun pada mac lalu..Alhamdulillah kami dikurniakan 2 putera comel yang sangat kami sayangi..

Mari saya ceritakan lagi apa yg saya ingat sekarang..
- Beliau sangat soft spoken.. beliau tdk pernah tinggikan suara pada saya sepanjang kami bersama..
- Beliau pandai masak mostly menu dia saya x reti pun nak masak sampai sekarang antaranya rempah ikan bakar.. dia sanggup masak apa saja yg saya inginkan..
- Beliau rajin mengemas rumah lap lantai dan buat major housekeeping yg kekadang saya mmg x larat nak buat..
- Beliau x pernah marah saya sekalipun dia tdk suka apa yg saya buat dia nak saya fikir sendiri..dulu saya selalu stress sbb saya x tahu apa yg dia nak marah sbb dia x cakap..lepas tu dia ada cakap pada saya dia xkan cakap apa2 ketika dia nak marah sebab dia takut dia ada terkasar bahasa pada saya masa dia nak marah.. jadi dia tak mahu ianya jadi memori tak best pada saya.. jadi mmg sampai sekarang saya hanya punya memori indah bersama beliau..
- Saya tidak pernah berhenti mengagumi beliau sampai lah hari ini sebab dia seolah tahu buat semua benda.. bayangkan dia pandai bertukang dia buat renovation dapur kami.. kacau simen pasang tiles, buat almari pakaian
mcm ikea kat bilik pakaian kami yang mana sungguh buat saya terkesima..
- Beliau pandai baiki kereta ya sebab pernah ambil diploma automotive dulu2.. jadi saya x perlu gusar soal kereta mmg tip top dia jaga..
- beliau pandai bab2 letrik sbb mmg bidang dia sbb dia mmg specialist team, instrumentation turbo machinery.. dia yang wiring rumah kami.. tebuk siling pasang downlight juga kipas kat rumah kami masa kami baru beli rumah yg didiami sekarang..
- Beliau tidak pernah kata tidak pada sesuatu yg saya inginkan.. manis bukan? tapi permintaan saya mmg kenalah rasional tdklah saya minta chanel jumbo mambo pada beliau..
- Beliau sentiasa menyokong apa juga yg saya lakukan saya masih ingat beliau sanggup menjaga bayi kami sewaktu saya menghadiri kelas masa saya sambung belajar dulu..
- Beliau sangat susah untuk beli baju sendiri beliau lebih utamakan saya dan anak2.. nak beli baju raya setahun sekali pun susah..
- saya sangat mengada2 dgn beliau.. jgn x tahu dia lah tukang potong kuku saya.. ooh.. saya sangat menghargainya..
- dia tdk pernah biarkan saya buat kerja2 berat.. jadi saya adalah sangat manja..
- Dia sgt take care kalau pergi mana2 mmg dia ambilkan makanan dan air untuk saya..
- Saya x pernah 'siang' ikan/udang jika dia ada sebab saya clumsy dia takut tangan saya terluka huhuhu
- dia lah orang yang sanggup bersusah payah bersama saya thru thick and thin masa ada duit masa xder duit tunggu gaji.. malah dia akan guna seluruh gaji beliau untuk kami tanpa berkira.. suarakan apa sahaja yg kami mahu dia akan turutkan..
- Dia lah yang menjaga saya setiap kali saya berpantang.. sapu ubat luka kat bawah tu.. bakar tungku sebelum gi kerja sediakan sarapan balik tengahari masak utk saya, msk makanan berpantang sepanjang saya berpantang.. beliau juga yg jaga baby masa baby meragam walaupun terpaksa berkerja keesokan harinya..mandikan baby, tukar diapers, sediakan susu..yer dia tahu semua..
- Saya adalah baby manja beliau baby yg sangat manja dan mudah menangis.. kadang2 beliau yg marahkan putera2 saya kalau saya dibuli hehehe

* nanti saya update lagi sbb nurse nak check BP saya*

Amy Ismail :Sungguh saya tahu dia sangat sayangkan saya sebagaimana saya sayangkan dia.. "abg i will love you till death do us apart" saya berdoa andai antara kami yang pergi dulu saya harap ianya adalah saya.. sebab saya tdk boleh hidup tanpa beliau..tsskk..
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment