Wednesday, June 29, 2011

Kek Custard Chiffon

Mood baking sudah datang.. tekak terasa nak mkn kek buatan sendiri.. haha! padahal saya bknlah pandai sgt pun.. apalagi berkejar ke bilik bila si kecik sebulan itu mintak susu.. maka solusinya adalah pre-mix!!

sblm ni hanya pernah try kek choc ni 1st time try..harganya murah jer cuma RM7 satu peket.. bahan lain yg perlu disediakan cuma telur, susu cair dan minyak masak.. walla.. tgk hasilnya terasa mcm chef muahaha *sila jgn lempang

raya ni boleh lah oder byk2 utk bwk blk kg.. juga bagi2 kat sedara mara.. sedara mara sila doakan saya murah rezeki yerr.. hekheks..

inilah hasilnya berserta step2 nya.. just like ABC.. serius!! senang


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, June 12, 2011

Panduan untuk diri sendiri

Ya entry ini adalah hasil copy paste.. permisi sdh didapati thru KIM FB..
juga adalah untuk rujukan diri juga suami kendalikan susu buat Puteri Arissa Batrisyia.

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi.

TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, June 10, 2011

closed temporarily???

Assalamualaikum...
Heheks blog ini tdk ditutup tapi mungkin buat sementara waktu.. sebab saya mula sibuk *sibuk lah sangat?? heheks.. sebenarnya saya masih sibuk tuning diri saya untuk tidur yg tdk lena, mandi yg tdk basah juga mkn yg ter'pause' akibat jeritan nyaring Arissa Batrisyia..

Hari ni hari kedua menguruskan dua 'boboy boys' yg asyik duk main game dan gaduh dengan bising sekali juga tuan puteri yg suka uhuk-uhuk itu.. menu yg termampu disediakan hanyalah bubur campur ayam juga sayur2an sahaja yer anak2.. mama masih dlm pantang.. blm mampu nak masak lauk2 vogue vadevass yerrr.. maka bertabahlah kamu semua..

Sungguh saya rindukan keriuhan dapur tokmi..tsskkk keenakan masakan tokmi..tapi demi badan yang semakin membulat jadi saya harus cepat balik ke rumah sendiri supaya rakan2 sekerja boleh mengecam saya lagi setelah hampir 5 bulan bercuti..

Suami terchenta juga sudah terbang mencari rezeki meninggalkan kami 4 beranak..semoga beliau selamat berkerja juga selamat kembali.. kami rindukan kamu.. cari duhet banyak2 nanti kita gi bercuti ;)BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop