Wednesday, May 4, 2011

Muhammad Adib Hakim

Hari ini hari rabu yang tenang.. hati saya saja yg tdk tenang memikirkan rabu depan saya bakal dibedah.. oleh kerana saya sudah mengkhatam 2 buah novel dlm 3 hari ini maka saya adalah sangat bosan.. mari mengupdate blog yerr..Hari ini saya mahu bercerita soal anak kedua saya yg bagi saya comel dengan keletah dan kecerdikannya.. nama yg kami pilih Muhammad Adib Hakim- membawa maksud yang bijak lagi pandai.. adib membesar seiring dengan namanya..Mengingat detik kelahirannya tdk lah sesukar melahirkan Adam.. saya tdk mengalami luka yg byk ketika melahirkan dia.. dia ialah bayi comel yg amat mudah diurus.. ketika dilahirkan dia adalah seberat 3.11kg..dilahirkan pada 22/11/06..Ketika masih bayi dan di dalam pantang dia cuma sekali saja berjaga malam.. ooh yer betul fakta bahawa setiap anak adalah tdk sama.. setiap anak pasti punya kelebihan dan kekurangan yg tersendiri.. begitu juga dgn 2 anak saya..Adib bayi yang sangat bertuah.. dia berpeluang menikmati susu badan yang berkhasiat sepenuhnya dari saya sehingga umur 2 tahun lebih..berbanding abgnya adam.. dia membesar dengan sihat dan jarang sakit.. dia punya IQ yang mengagumkan berbanding rakan seusia..Dia anak yang petah bercakap dan bercakap secara kreatif pada saya.. daya ingatan dia juga sangat mengagumkan..sungguh dia blh menghafal no kod 12 digit bagi kod permainan GTA di xbox.. bukan satu dua kod tapi byk..ya saya terasa terkagum di situ..pada usia 3 thn hampir 4 tahun beliau sudah boleh membaca sukukata mudah kini beliau sudah berusia 4 tahun lbh dia sudah blh membaca simple english juga bahasa melayu tanpa perlu mengeja..Dia insan kidal.. dia menulis dgn tangan kiri sampaikan makan pun kadang2 tersilap menggunakan tangan kiri..namun tulisannya sangat cantik berbanding rakan seusia mungkin diwarisi dari abahnya.. sbb tulisan saya sgt burukssss..selain yang baik2 dan indah2 mengenai si dia ini dia juga punya sisi yang tdk berapa indah.. dia adalah kanak2 yg suka merajuk dan agak keras hatinya.. garang dan sering memarah org.. saya selalu kalah pada dia sbb saya mmg alah dgn dia hati saya cukup lembut dgn dia betul lah kata org ikatan anak yg menyusu susu ibu punya ikatan nurani yg cukup halus..dia anak yg agak kecil tdk gebu dan montel mungkin kerana susu ibu sepenuhnya..Anakku Adib Hakim sesungguhnya mama sgt sayangkan kamu.. mama doakan semoga kamu membesar menjadi anak yg sihat , cerdik dan bakal menjadi anak soleh suatu hari nanti..BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment