Saturday, September 10, 2011

4 bulan yang bahagia..



Si bayi Arissa Batrisyia sudah berusia 4 bln..
sudah pandai senyum dan ketawa sejak saya masih di dalam pantang..
Dia bayi comel yang mudah diurus.. saya tidak pening menjaganya berbanding menjaga dua lagi abangnya..

Dia menyusu secara sihat..badan nya membesar bagai ahli sumo..saya masih mengepam tetapi ketika ditempat kerja sahaja.. bila dirumah direct feeding sahaja..
dia suka pegang jari saya ketika menyusu..suka tenung lama muka saya tanpa apa2 reaksi.. bagai ada sesuatu ingin disampaikan.. mungkin ingin mengucapkan terima kasih barangkali..

Anakku Arissa Batrisyia, mama bahagia dapat menyusukan kamu kerana mama yakin mama telah memberikan kamu hanya yang terbaik..

Mama sayang kamu kuat2.. hati mama terasa bahagia bila lihat kamu..
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment