Friday, April 29, 2011

Buat anakku Muhammad Adam Haikal

Alhamdulillah saya punya waktu yg cukup banyak untuk menulis blog ini.. lepas ni belum tentu akan diupdate sekerap ini.. ya sebab di sini kerja saya hanya berbaring saja.. tdk ada apa lagi yang boleh saya buat..

Saya mahu tulis entry ini buat anak sulung saya Muhammad Adam Haikal. Teringat hampir 7 tahun lalu saya melahirkan adam.. yer juga dihospital ini.. secara kecemasan.. pada mulanya saya admit di Pusat Perubatan Intan.. namun setelah lebih 12 jam sakit akibat induce jalan masih belum terbuka sepenuhnya.. saya masih ingat bertapa saya sakit yang amat sangat ketika itu menahan contraction.. Ya Allah sakit tdk tergambar.. akibatnya beliau distress dan hampir kelemasan.. bacaan CTG menunjukkan bayi sudah kelemasan.. heartbeat mula lemah..

Saya dihantar ke HKT pada waktu itu sesampai di sini jalan didapati sudah fully dilated.. saya sudah bersedia untuk melahirkan.. tdk sampai sejam saya selamat melahirkan seorang putera lelaki yang amat comel.. namun kelahiran terpaksa dibantu oleh vacuum sebab saya sudah kepenatan akibat sakit yang terlalu lama..Berat beliau ketika dilahirkan adalah 2.65kg..

Namun saya tidak boleh bersama beliau selepas kelahiran kerana beliau perlu diletakkan di NICU akibat lemas.. beliau perlu diletakkan di dalam inkubator dan dibantu alat pernafasan pada mulanya dan ditahan untuk menghabiskan dose antibiotik..setelah 3 hari beliau dibenarkan pulang..

Selepas 2 hari dirumah beliau terpaksa ditahan balik akibat bacaan jaundis yang tinggi.. setaiap hari beliau dicucuk untuk diambil darah dan di masukkan ubat..habis lebam tangan dan kaki halus beliau dicucuk2.. ohh sungguh pilu hati saya melihat keadaan itu.. sesungguhnya beliau seorang bayi yg tabah saya yg dah tua ni pun fobia dicucuk doktor aapatah lagi bayi sekecil itu.. saya sering menangis mendengar beliau menangis kesakitan..

Menjaga adam ketika berpantang amatlah mencabar iman kami suami isteri.. sepanjang dalam pantang dia akan menangis bermula 11mlm sehinggalah ke jam 3/4 pagi..kasihan suami saya ketika itu terpaksa bergilir mendodoikan adam walaupun esoknya beliau terpaksa berkerja lagi..beliau menangis malam bermula dari masa berpantang sehinggalah kami pindah rumah ke fasa satu.. memanglah saya kurang mempercayai hantu bagai.. tapi saya rasa keadaan rumah lama kami agak panas membuatkan dia tdk selesa..

Anakku Adam andai suatu hari nanti adam baca blog mama ni ketahuilah sayang bahawa mama dan abah sangatlah sayangkan adam.. yer mama dan abah bukan lah ibu bapa terbaik dan sempurna.. kami sering teralpa dan tersalah mendidik adam.. tapi mama dan abah sering bagi yang terbaik buat adam..

Mama sedar mama sering mahukan adam buat yang terbaik untuk kami.. mama tahu adam mungkin tertekan dengan mama.. mama sering terailap membanding2kan adam dan adib.. namun terselit di hati kecil mama, mama sedar adam seorng anak yang low profile adam tak suka menu juk2 apa yg adam tahu.. mama sedar adam budak bijak namun adam terlalu suka bermain..namun mama sepatutnya sedar bahawa keputusan peperiksaan yang bagus bukanlah ukuran kejayaan buat anak2.. sepatutnya mama ukur kematangan adam berfikir, membuat keputusan dan kebolehan berdikari..

Mama masih ingat adam anak yang baik adam berdikari sejak kecil.. bermula umur 4 tahun adam sudah pandai buat susu sendiri.. adam boleh buat pelbagai benda sendiri.. adam cepat berdikari sebab ketika umur 2 tahun adam dah punya adik.. adam sudah tdk perlu memakai pampers ketika umur 2 thn lebih tanpa perlu potty training..

Adam seorang anak yang lembut hati.. adam anak mama yang sensitif.. mama tahu mama selalu marahkan adam pukul adam cubit adam.. padahal mama tak perlu buat semua tu untuk mendidik anak2 mama.. Mama akui mama sering naik angin bila berdepan dengan adam.. cepat saja tangan mama naik bila dgn adam sebab adam suka buat benda yg mama x suka..
Mama tahu mungkin tujuan adam mungkin cuma mahu tarik perhatian mama..

Anakku sayang, sesungguhnya mama sayangkan adam.. kasih mama untuk kedua anak mama sama saja tiada bezanya.. mama doakan agar adam jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat..Adam jangan nakal2 lagi yer sayang jangan buat darah mama naik ke tingkat atas.. i love u so much anakku adamBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 20

“Nothing can bring you peace but yourself -Ralph Waldo Emerson”

Setiap hari saya stress.. jadi blog ini lebih kepada tempat meluahkan stress.. saya terasa nak pergi bercuti sebab ini adalah stress yang paling lama saya hadapi seumur hidup saya.. kesian kan mereka yg kena stay lama kat hospital.. unless kamu koma atau x sedarkan diri berapa tahun pun mungkin x kisah.. patutlah org2 tua selalu avoid utk pergi hospital sampai kadang2 keluarkan dialog rela mati kat rumah.. hospital mmg terasa bagai penjara buat saya sekali check in susah nak check out.. perlu diseksa terlebih dahulu.. sedih bukan..? terpaksa tinggalkan suami dan anak2.. hidup terasa xder makna.. setiap hari adalah menghintung jam dan hari.. bukan lah tdk bersyukur tdk diuji dgn kesakitan yg lbh berat.. tapi sungguh saya x mampu nak menanggung..

Banyak masa untuk saya verangan di sini.. yerlah apa lagi yg mampu saya buat selain berangan..saya terasa nak pergi bercuti walaupon budget non-ado!!.. tapi xper berangan dulu.. if pergi pun bknlah dlm waktu yg terdekat pun.. 2 bln sah2 saya kena berpantang dulu pastu saya kena kumpul stok dulu utk baby since saya mmg decide utk fully breastfeeding my baby.. atau mungkin cuti2 malaysia sajok.. tapi saya mahu ke tempat sejuk sajer.. x mahu ke sebarang pulau.. saya x suka bercuti dlm keadaan panas.. sbb kesian kat budak2 berpanas.. takut si adib berdarah hidung lagi sbb hidung dia sgt sensitif..apalagi mahu bawa baby kecil.. ooh sgt kasihan..

Antara tempat yang saya angankan :
Dalam Mesia:
1. Cameron Highland - x puas gi hari tu kalau pergi kali ni kami saya mahu cari hotel yg lbh selesa.. dan booking awal2.. skrg kami hanya blh bercuti masa cuti sekolah saja.. jadi harga hotel mungkin berganda2..

2. Genting Highland - yg ni mmg untuk bermain sajer.. khas untuk adam n adib laah.. tapi saya blh jer utk indoor rides patplohpat kali pusing muahaha..

3. Penang - yg ni x sejuk yer.. yg ni cuti2 cari makan ;)

Obersi pula:
1. Bandung - hehehe mahu shopping lagi?? saya suka cuacanya yg x panas juga makanan nya yg sedap.. teringat sambal hijau.. juga suka ke FOS mereka ..suami pasti suka sbb dia blh beli jeans kegemaran lagi ;) kali ni mungkin ambil short getaway for shopping only since bandung x berapa mesra anak2 sbb mmg mereka bosan bila org tua asyik shopping maka mungkin kami pergi berdua sahaja..

2. Vietnam - saya x tahu apa yg ada di sana.. sesetengahnya mengatakan sana pun best shopping tp utk perempuan sajork sbb disana byk jual cotton n kain pasang.. jadi haruslah saya kasihan pada suami ;) kalau pergi pun cuma berdua saja..

3. Bali - yang ni hanya romantika de'amor sajer.. menikmati pemandangan, berspa dan makan seafood.. itu saja yg saya tahu menarik di bali.. ooh bali haruslah berdua dan sewa bilik honeymoon suite wakakaka

4. Singapore - kalau kesini sah2 saya akn bwk bdk2 sbb cuma mahu pergi ke universal studio saja.. dan jalan2 cari mkn..

5. Australia - maybe Gold Coast kalau pergi mungkin berdua saja atau kalau budget besar mungkin bawa anak2..tapi saya lebih suka bawa anak2 kesini..

Amy Ismail: buat perhatian suami.. sila start saving yerr.. puan amy mahu berjimba.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, April 28, 2011

Hari ke 19

"God took my unusual body & invested me with the ability to uplift hearts & encourage spirits"-unknown.

Hari ni dah khamis, and finally adib gi school hari ni setelah 4 hari memonteng..kesian anak2 ku bagai terbiar xder mama.. semalam ckp ngan adib dia tanya "mama bila nak balik rumah? xbest lah mama xder" ooh hati saya sungguh terhiris..sedih...

Esok malam mungkin saya blh jumpa mereka.. last jumpa masa mlm sabtu hari tu masa admit..rindu jgn citerlah..ni pun air mata berguguran ke bantal beralas towel kecik..tgk org keliling blh discharge lagi buat hati saya sayu dan sedih.. masing2 keluar dgn muka happy bersama baby masing2..

Perkembangan sekarang hari ni 36w1d, mula terasa sakit.. saya mula dapat rasakan apa yg dikatakan Dr Nasuha rahim mula menjalankan aktiviti persediaan untuk bersalin..contraction mula terasa..kepala baby mula menekan bahagian bawah dimana uri berada menyebabkan saya lebih selesa berbaring..discharge semakin byk keluar menyebabkan saya lebih kerap menyalin pantyliner *hubby tolong beli yer sudah mahu hbs..

Mapping and detail scan next wednesday menentukan sama ada saya blh pilih date 11/5 atau terpaksa dipostpone lagi.. Perasaan nak mintak balik on weekend basis saya pendamkan sbb dgn keadaan sekarang saya adalah sgt tdk berani..

Lepas ni bila saya dengar org admit kat ward lama saya blh kata i feel u.. yer sangat seksa.. dan saya dapat rasakan sesiapa yg duk ward mmg x sabar untuk keluar..

Amy Ismail: saya sudah bosan mendengar perkataan "bertabahlah..sabarlah.. ok apa duk spital mkn free"- yg ni ayat plg zalim pernah saya dapat!! weh zamri tgcc ko dtg sini arr ganti aku!!*pelempang nak???

Wednesday, April 27, 2011

Hari ke 18

Seperti biasa segalanya agak rutin disini.. x tahu mahu update apa..

-bgn pukul 6 mandi subuh..
-pukul 7.30 HO round..
-pukul 8 breakfast
-Pukul 10.30 Doc pakar round
-Pukul 12.30 lunch
- zohor
-Pukul 3.30 minum ptg
-pkl 5 asar
-Pukul 6 mkn mlm
-maghrib , isya'
- pukul 11 tido

in between tu byk kali lah nurse check BP ngan baby heartbeat..

-saya benci waktu melawat sbb saya xder pelawat tssssskkkkkkkk...

Amy Ismail: Bosan terpenjara... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, April 26, 2011

Placenta previa

Mari lah kita berkenalan dgn PP yang membuatkan saya stuck selama hampir sebulan di hospital dan sebulan bedrest di rumah.. di rumah agak heaven sbb relax jer xder tekanan perasaan tapi kat hospital mmg mcm..hell

Saya mula di detect low lying placenta pada 24week pregnancy.. and confirmed PP type 4 masa 30weeks oleh Dr Suraya..

Actually ada beberapa jenis PP:

Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya.

Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.

BAHAYA URI DI BAWAH

INFO 1:

Utusan Malaysia - 23/06/2002
Oleh NAJIBAH HASSAN

BAGI yang sedang menunggu saat-saat kelahiran sama ada cahaya mata pertama mahupun yang seterusnya, anda pasti menaruh harapan agar kesihatan bayi dalam kandungan dan diri sentiasa dalam keadaan selamat.

Namun, tiada siapa yang boleh menjamin keadaan ini akan berkekalan.

Bagaimana perasaan anda jika hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan uri anda yang sepatutnya berada di bahagian atas tiba-tiba berada di kedudukan yang abnormal ketika kandungan mencecah usia 28 minggu?

Apakah yang didefinisikan sebagai kedudukan uri yang abnormal atau juga dikenali dengan uri di bawah?

Mungkin anda tertanya-tanya sejauh manakah bahayanya keadaan ini kepada kandungan mahupun diri anda sendiri.

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim.

Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu.

“Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal.

Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu.

Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan.

Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.

Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui.

Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim.

Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung.

Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan.

Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1) Marginal Previa
Uri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.

2) Partial Previa
Uri menutupi sebahagian bukaan rahim.

3) Total previa
Uri menutup keseluruhan bukaan rahim.

Sebahagian daripada ibu-ibu ini tidak mempunyai gejala. Gejala yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

- Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran.

Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.

Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.

Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

- Kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblique).

Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.

- Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu ialah kaedah kelahiran bayi itu sendiri.

Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim.

Kaedah pembedahan Caesarean adalah kaedah yang disyorkan.

Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.

Apa yang membimbangkan mengenai PP ini ialah komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu.

a. Komplikasi pada bayi adalah seperti:
- Pendarahan yang banyak pada ibu ini boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada bayi
- Meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan
- Kemungkinan pertumbuhan bayi agak terencat akibat uri menjadi lekang (poor placental perfusion).

b. Komplikasi pada ibu pula ialah:
- Pendarahan yang serius yang boleh mengancam nyawa
- Pembedahan Caesarean
- Meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
- Meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Ia dikenali sebagai placenta accreta.

Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim.

Jika ini berlaku rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.

Bagaimanapun, risiko placenta accreta di kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya pembedahan Caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.

Risiko ini boleh meningkat sehingga 45 peratus bergantung pada jumlah pembedahan yang telah mereka lalui.

Wanita yang berisiko tinggi
- Mereka yang mempunyai sejarah PP pada kandungan yang sebelumnya
- Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Pernah menjalani pembedahan pada rahim - pembedahan Caesarean atau pembuangan fibroid pada rahim
- Wanita yang melahirkan ramai anak (multigravida)

Dalam menangani PP, doktor akan mengesyorkan ibu supaya melahirkan kandungan dengan kaedah yang selamat iaitu pembedahan Caesarean.

Bagaimanapun apabila pembedahan itu harus dilakukan ia bergantung kepada penilaian dan faktor-faktor berikut:

- Tahap keseriusan pendarahan
- Usia bayi dalam kandungan
- Sokongan perkhidmatan pediatrik

Kebiasaannya jika seseorang ibu yang mengalami PP tetapi tiada pendarahan berlaku, pembedahan Caesarean secara elektif akan dilakukan pada minggu ke-37 hingga 38 usia kandungan.

Jika pendarahan berlaku sebelum usia kandungan tersebut, keputusan pembedahan akan dibuat oleh pakar setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas.


INFO 2:

KEADAAN uri di bawah lebih bergantung kepada lokasi perlekatan embrio pada dinding rahim. Bagi embrio yang melekat di bahagian atas, ia tidak mempunyai masalah ini.

Sebaliknya, jika ia melekat di bahagian bawah rahim, uri yang kemudian terbentuk juga berada di bawah. Namun, tidak semua keadaan uri bawah akan kekal di bawah.

Uri mungkin ‘beralih kedudukan’ ke atas disebabkan pengembangan atau kenaikan dinding rahim terutama selepas berlaku pembentukan segmen bawah yang mampu menjarakkan kedudukan uri dari pintu rahim.

Jika uri sudah ‘naik’ ke atas, ia tidak akan turun semula. Namun, dalam 10 peratus kes, ia kekal di bahagian bawah dinding rahim apabila anda memasuki bulan ketujuh dan anda dikatakan mengalami keadaan plasenta previa (yang bermaksud uri di bawah).

Plasenta previa lebih ditemui dalam keadaan berikut: 

- Grandmultipara iaitu sudah melahirkan lima anak atau lebih sebelumnya

- Usia

- Pernah mengalami plasenta previa dalam kehamilan terdahulu

- Pernah menjalani pembedahan Caesarean

- Kehamilan kembar

- Merokok

- Pernah menjalani D&C

- Kedudukan bayi tidak normal

Beberapa panduan boleh diguna pakai: 

-Memilih untuk bersalin di hospital yang dilengkapi kemudahan bersalin pembedahan Caesarean dan pembedahan histerektomi (jika perlu), bekalan darah dan unit rawatan rapi (termasuk bayi).

-Mengikut lawatan antenatal secara berjadual.

-Pemakanan mencukupi dan mengambil tambahan pil zat besi bagi memastikan paras hemoglobin darah yang optimum (ujian darah antenatal bagi paras hemoglobin dan kumpulan serta jenis rhesus darah lazimnya sudah dilakukan pada masa ini).

-Bersedia untuk kemasukan wad bagi tempoh yang lama (lebih bergantung kepada jenis plasenta previa, episod pendarahan dan jarak masa dari rumah ke hospital). Ini termasuk membuat persiapan persalinan serta mengaturkan hal ehwal penjagaan anak dan suami.

-Segera ke hospital sekiranya mengalami pendarahan walaupun sedikit.

Corak pendarahan lazimnya tidak menentu, ia boleh menjadi banyak secara tiba-tiba dan berterusan atau sebaliknya berhenti dengan sendirinya.

-Bersedia untuk menjalani pembedahan Caesarean (kecuali plasenta previa kecil yang tidak disertai masalah pendarahan).

Lazimnya, pembedahan ini dijalankan sekitar dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin berikutan ketika itu janin sudah cukup matang. Jika menunggu lebih lama, ia mendedahkan risiko pendarahan atau didatangi sakit bersalin.

-Faham kemungkinan tumpah darah serta keperluan pemindahan darah.

Tiada rawatan untuk ‘menaikkan’ uri. Kepercayaan berurut dapat menaikkan atau sengkak anggota peranakan wanita (termasuk uri) tidak tepat.

Uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim kecuali hanya selepas bayi dilahirkan. Uri juga tidak dapat dialihkan kedudukannya.

Dipetik dari; http://www.hmetro.com.my/

Amy Ismail: Sesetengah manusia yg x berapa nk tahu tp berlagak tahu.. bila saya kata uri kat bawah akan ckp x pergi berurut ke? dulu saya/sedare/tok nenek/ jiran/kawan n ect... urut ok jer pastu.. saya rasa either betul itu uri tapi mmg kebetulan nk naik sbb cuma 5% yg kekal pun.. atau confused dgn masalah baby songsang!! tapi sebenarnya "uri mmg x blh dialih" yer puan2.. 

Monday, April 25, 2011

Hari ke 17

"Kesabaran itu adalah sebahagian dari Iman-Al Hadith"

Kandungan kali ini amat mencabar saya rasakan sebelum ini saya cuma berhadapan dengan morning sickness tu pun saya dah mengeluh2.. sebenarnya morning sickness bukanlah apa2 pun berbanding cabaran kali ini..

Bayangkan saya direhatkan bermula awal bulan 3..pada mulanya hanya diberikan mc bedrest dirumah selama 3 minggu.. kemudian bedrest pula di hospital.. bedrest di rumah bg saya okey jer ada suami dan anak2 disisi.. tapi bedrest di hospital amatlah menyeksa jiwa raga..

Bayangkan ni minggu ketiga saya dihospital.. anak2 pun ntahlah mcm mana.. saya rasa hidup sangat kelam kabut.. anak2 tdk blh masuk jumpa saya sbb mereka masih under age..saya terpaksa keluar ke depan jumpa mereka walaupun saya x blh duduk lama tapi tetap gagahkan juga duduk lama kat bench sbb semata2 nak bersama diorang pastu mulalah bila masuk saya terpaksa berbaring dekat sejam lbh utk recover balik rasa tekanan yg menekan uri tu..

Tapi di HSNZ ni walaupun keadaan makanan, toilet dan persekitaran adalah jauh lebih baik dari di hosp. kemaman namun saya terseksa sebab tdk blh berjumpa dgn anak2 dan suami secara lbh kerap.. ooh saya sgt rindukan mereka..tssskkk...

Kekadang datang niat jahat mahu melompat2, angkat benda2 berat, atau mahu panjat tangga ketingkat paling atas then turun naik supaya berlaku pendarahan maka saya blh bersalin lebih awal..namun bila fikirkan baby akan terseksa dlm incubator lbh lama akibat premmie saya batalkan niat tu biarlah saya terseksa dari dia kena cucuk sana sini atau silap2 kena warded dgn lbh lama lps bersalin lagi seksa..skrg sekurangnya saya masih blh berjalan sana sini lepas csect sure lagi seksa nak berjalan atau bergerak mahu jaga sikecil.. xperlah nak mama sabar dulu tssskkk..

Amy Ismail : Menghintung hari detik demi detik.. ooh lambatnya..semoga hati ini terus bertabah.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, April 24, 2011

Hari ke 16

"Lots of people want to ride with u in the limo, but what u want is someone who will take the bus with u when the limo breaks down. -Oprah”

Hari ni 2nd day disini.. tadi baru lps scan ngan specialist.. my baby size chart from detail scan is smaller skrg mcm baru 34 weeks which is supposed to be 35weeks 5 days today.. haih.. nampak gayanya xleh lah mengharap sgt utk csect on 11/5 ni..

Another story haih plasenta saya turun balik ke type four and kali ni anterior.. last time Dr Nasuha kata posterior.. takpe lah anterior lbh baik..saya mengharapkan dia naik ke type 2 then type 1 blh lah saya balik rumah dan bersalin normal nampaknya gelap lah harapan..n since baby is smaller lama lagi lah saya kat sini.. aduuh.. malasnya nak ddk sini lama2 bosan gilerrrrrr...

Agak sedih jugak masa scan td Dr cakap baby boy.. hurrmm.. tapi xperlah asal sihat sempurna.. frust jugak lah rasa hati ingatkan ini terakhir..sbb malas dah nak pregnant seksa begini..dah 2 bln terseksa x bebas.. x jejak kaki mana2 except rumah n spital.. oohhh.. sangat x best mujurlah barang baby dah beli awal2 kalu tak haru jugaklaah..

Amy Ismail: En Haikal tolong saya huhuhu sangat downnnnnn.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop