Sunday, June 12, 2011

Panduan untuk diri sendiri

Ya entry ini adalah hasil copy paste.. permisi sdh didapati thru KIM FB..
juga adalah untuk rujukan diri juga suami kendalikan susu buat Puteri Arissa Batrisyia.

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi.

TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, June 10, 2011

closed temporarily???

Assalamualaikum...
Heheks blog ini tdk ditutup tapi mungkin buat sementara waktu.. sebab saya mula sibuk *sibuk lah sangat?? heheks.. sebenarnya saya masih sibuk tuning diri saya untuk tidur yg tdk lena, mandi yg tdk basah juga mkn yg ter'pause' akibat jeritan nyaring Arissa Batrisyia..

Hari ni hari kedua menguruskan dua 'boboy boys' yg asyik duk main game dan gaduh dengan bising sekali juga tuan puteri yg suka uhuk-uhuk itu.. menu yg termampu disediakan hanyalah bubur campur ayam juga sayur2an sahaja yer anak2.. mama masih dlm pantang.. blm mampu nak masak lauk2 vogue vadevass yerrr.. maka bertabahlah kamu semua..

Sungguh saya rindukan keriuhan dapur tokmi..tsskkk keenakan masakan tokmi..tapi demi badan yang semakin membulat jadi saya harus cepat balik ke rumah sendiri supaya rakan2 sekerja boleh mengecam saya lagi setelah hampir 5 bulan bercuti..

Suami terchenta juga sudah terbang mencari rezeki meninggalkan kami 4 beranak..semoga beliau selamat berkerja juga selamat kembali.. kami rindukan kamu.. cari duhet banyak2 nanti kita gi bercuti ;)BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, May 19, 2011

D8

Hari ni hari ke 8 bayi keluar melihat dunia.. walaupun beliau byk memejamkan mata namun saya tahu dia cuba sesuaikan diri dgn dunia luar..

Subhanallah pelbagai dugaan yg x tertanggung rasanya oleh saya sepanjang mengandung rupanya Dia mahu mengurniakan saya seorang puteri.. Syukur atas kurniaan mu ya Allah..

Puteri jadilah kamu anak yg solehah nak.. mama sayang kamu sepenuh hati.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, May 10, 2011

Hari ke 33 (Operation Day!!)

Semalam
Masa maghrib tu serius tangan saya berdenyut sakit yg amat sangat sampai masa mandi mengalir air mata.. mulanya saya ingatkan biasa saja mungkin saya jer yg manja jadi saya tahankan jer.. tapi hanya tuhan yg tahu betapa ya Allah sakitnya.. nasib baik nurse yg PP jgk sebelah saya perasan.. lepas tu dia kata tangan saya dah start bengkak.. lepas tu dia terus bgtahu nurse suruh cabut.. then terus sapu minyak panas xnak bagi bengkak...terus rasa lega.. aduh.. rupanya ada lagi sorg patient yg senasib kena dgn Dr. yg sama.. rasanya Dr tu HO n mmg agak kasar n x pandai..Malam tu masa nak tidur ada Dr MO datang pasangkan line balik.. tapi saya serius fobia.. nasib baik walaupun lelaki lembut jer dia pasang tapi bukan tempat yg sama lah tempat lain sbb line kat situ dah bengkak.. and lepas tu blh jer saya tidur sbb dah x sakit dah..

Sebelum tidur tu saya mkn mknan yg di bawa suami share dgn nurse sebelah pastu nurse bg saya ubat yg rasa mcm limau nipis.. pastu sebelum tidur nurse masukkan lagi 3 jenis ubat katanya macam2 ubat xnak bg gastik dan macam2.. selain tu saya kena shave segala bulu roma tapi saya buat sendiri jer sbb malu huhuhu tup2 terluka sket hohoho rasanya sikit jer kot tapi bleeding larr..then shave kat bhgn bawah perut..

Pagi
Pagi2 lagi seawal jam 5 pagi nurse datang kat tempat saya1untuk masukkan ubat pelawas b*rak..tapi saya request nak buat sendiri sbb malu huhuhu.. n pastu terus ke toilet utk masukkan ubat dan melabur..
to be continue

*********update*****************
Saya disorong ke OT room pada jam 11am.. perasaan ya Allah hanya Dia yg tahu..time mintak maaf bersalam tu ya ampun.. serba x kena baring salah nk terkencing lah terberak lah punya lah debaran huhuhu..

Sebelum disorong ke OT tu Dr Tg Balqis set new lines kat tgn saya sbb line semalam bengkak jgk huhuhu.. then Dr Balqis bgtahu saya 'akak alhamdulillah Doc pakar Dr Zahar setuju nak operate akak' sbb dr MO biasa x sanggup handle PP type 4. hari saya operate tu ada 3 lagi kes lain utk PP type 2 n 3..

Then Dr Zahar perkenalkan diri pastu bagitahu akn bius penuh.. terkejut gak sblm ni semua kes bius separuh jer..huhuhu pastu dia bgtahu nak pengsankan saya.. then x sedar apa2 dah..

Bila dah sedar ader wire panjang dlm mulut.. n mcm2 machine pasang utk monitor mcm2 pastu masa tu saya sakit yg amat pastu dia suruh saya tekan sendiri morphin bila sakit tp still sakit jgk.. saya ckp sakit lagi tu nurse yg monitor ckp xleh lebih2 dah sbb morphin tu dah kuat sgt dah..

Saya tanya bb girl or boy nurse tu x tahu sbb dia x jaga masa operation.. then after few hr lbh kurang jam 3-4 ptg saya disorong ke wad 2A.. masa on da way tu umi bg tahu its a girl.. alhamdulillah..

Rupa nya tersilap sepatutnya saya di sorong ke HDR untuk monitor lagi sbb saya kehilangan darah yg terlalu byk 1500cc haih lbh krg 1.5 litre.. tetapi saya bernasib baik sbb HB saya tinggi b4 operation 12 masa tumpah darah tu HB saya 8.8 alhamdulillah x perlu transfuse darah lain.. kurang skit risk allergy darah n sebarang penyakit lain..

Malam tu baru saya disorong balik ke wad 2A balik.. baru lah berpeluang tgk baby saya.. mlm tu saya xleh gerak lagi dan penggunaan morfin dah kurang tghari tu cabut wire morfin n wire drip air.. then wire kencing dicabut arrgghh ngilu giler..

ya allah serius sakit operate baru ku tahu nak gerak pun ya allah x terkata.. ibu2 yg operate tu mmg saya salute.. saya mmg susah yg amat nk gerak subhanallah..nk bf baby un seksa giler nk pusing nk bangun nk baring arrrggghhh.. sakit yg amat huhuhu..


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 32

OMG!!! esok adalah harinya.. gosh!! sangat berdebar2.. hari ni dah pasang drip line n di cucuk ubat cair darah.. sign pelbagai form utk operation esok serta di brief oleh 2 doc iaitu pakar bedah juga pakar bius tentang komplikasi yang mungkin berlaku.. hati mmg berdebar2 bila dengar penerangan tu.. apapun harap segalanya selamat.. doakan saya dan baby selamat..
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, May 8, 2011

Hari ke 31

Hari ni bgn agak lewat skit sbb semalam pun tidur lewat..dlm pukul 10 pagi doc pakar iaitu Dr Jumizah round.. pastu mmg kalu Dr pakar dia akan lbh byk bertanya and dia selalu galakkan kita bertanya dan kadang2 dia akan terangkan sejelasnya pada patient simptom yg patient hadapi juga risiko yg juga bakal dihadapi.. biasanya Dr pakar akan lebih teliti meneliti fail pesakit berbanding dr. muda HO atau MO..

Masa turn saya lepas dia belek fail saya juga buku merah pastu dia terangkan saya mungkin ada risiko plasenta accreta..tapi kemungkinan sahaja sebab saya pernah buat DnC dan jaraknya dgn PP sekarang adalah terlalu dekat.. berkemungkinan rahim saya masih belum pulih sepenuhnya juga berparut.. dia cuma kata saya cuma perlu tahu risiko supaya lebih bersedia for the worst situation..

Pembuangan rahim mungkin berlaku, dan untuk pembedahan PP biasanya pesakit akan dibius penuh.. jika berlaku pendarahan atau uri melekat maka rahim perlu dibuang untuk menyelamatkan nyawa si ibu.. saya dah mcm agak bergenang air mata.. serius takut.. tapi dia kata itu cuma kebarangkalian if He said 'kun fayakun'..

Lepas tu terus saya mengarahkan encik gugel cari article tentang kesan pembuangan rahim sebagai pelengkap ilmu pengetahuan sahaja..hati sangat berdebar..

Hari ni suami akan datang dari kerteh adam akn tinggal ngan cik cah sementara manakala adib bakal memontengkan diri..ooh can't wait.. saya perlukan kamu huhuhu
******************************************************
Update:

Tadi Dr Tg Balqis datang bg tahu esok akn amik darah untuk hantar ke blood bank so that blh standby b4 operation.. esok juga akan jumpa pakar bius and pasang IV drip kat tangan.. haihh.. jantung makin berdebar2.. saya turn yang pertama.. maybe kalu xder emergency case dlm pukul 8 pagi.. harap2 xder emergency case jadi xperlu saya puasa lama sangat huhuhu BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 30

Hari ni xder pakar round cuma HO dan MO sahaja.. and seperti biasa cuma soalan lazim sahaja yang di tanya antaranya 'ada bleeding x?' 'ada contraction x?' tu jer lah.. rasa macam nak tampal jawapan kat dahi huhuhu..

Petang nya saya dikunjungi din, nad, usop, tokmi, rizal, yan n nah.. diorang bawakan saya rvcc, coklat dan ketupat sotong.. petangnya maaa nurse hantar makanan saya just ambik buah jer sbb kenyang mkn 2 ekor ketupat sotong yang besar dan gemuk.. saya offer rakan2 PP lain diorang xnak sbb katanya takut gatal and ada yg sensitif..

Mlm nya tidur lewat borak2 ngan za nurse dewan bersalin yg jgk kena PP dia lagi kesian sbb baru 27w+ dah kena warded kiranya bakal stay lebih lama berbanding saya.. huhuhu kesian..

Semalam kami bercerita pasal jamu lepas bersalin and dia suggestkan Jamu Mak Dara tapi maybe saya nak beli loose product compared to set bersalin sbb saya dah ada tungku modern dan saya juga dah ada spanx dan PB jadi saya mesti guna apa yg ada supaya tdk membazir..

Mlmnya juga meneruskan lagi kegilaan mkn nasi selewat jam 11 mlm hohoho mkn dlm gelap sbb masing2 kelaparan dan kuat mkn hahaha.. dia offer saya nasi myk separuh tapi malas lah saya just mkn roti butterscotch dgn susu dutch lady full cream..

Dan semalam juga saya mimpi saya bersalin and anak saya cuma 1.04kg.. huhuhu scary.. pastu bila sedar hujan dan kilat sabung menyabung rupanya kat luar.. semalam malam yang tenang sbb xder ramai sgt bersalin wad byk kosong dan xder baby nangis cuma menjelang pagi ada patient baru keluar labour Room ada lah jgk bunyi baby dia nangis.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop