Friday, May 6, 2011

Hari ke 29

Tinggal 4 hari lagi menjelang hari operation.. hati mula berdebar2.. hari ni juga last day jumpa cinta2 hati saya sbb mereka akn balik ke kerteh pulak pasni..

hari ni adik saya blk dr kl n bwk blk rvcc yg @cikchelsea buatkan.. haih x sabar mau mkn.. saya jgk request suami buat jemput2 bawang dan bilis.. teringin nak mkn.. haih mkn ajer kerjanya hihihi.. membesrkan badan.. skrg saya rasa badan dah cukup besar dibela doktor n nurse kat sini tanpa saya perlu buat apa2 kerja.. setiap hari mkn makanan spital.. hurrm mknan sini not bad.. saya bkn lah cerewet sgt bab2 mkn nih.. compared to kemaman makanan di sini boleh tahan lah tapi sila jgn bandingkan dgn mknan prince court yer puan2..

sekarang saya sangat ngantuk.. skrg habit pukul 9++ mmg saya menguap x habis2.. saya terpaksa berjimat cermat baca buu x blh baca laju2.. supaya x cepat habis hehehe..

Amy Ismail : saya harap suami blh datang lebih awal bkn tepat2 hari rabu supaya saya blh mengada2 lebih muahahaha.. saya segan mahu request pada umi saya mcm sbb saya kasihan pada dia nk dtg jauh..BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 27 & 28

“In life you are either a passenger or a pilot, it's your choice. -Unknown”

Hari ke 27
Hari ni rutin seperti biasa tapi petangnya saya blh jumpa cinta2 hati saya.. yer saya rindukan mereka setelah 4 hari tdk bersua..

Hari ke 28
Jumaat yang hening 4 hari lagi menjelang 11 hb ooh hati mula berdebar.. riang dan takut riang memikirkan segalanya bakal berakhir saya tdk sabar mahu pulang ke rumah.. tapi pada masa yg sama takut pada pembedahan.. namun saya sentiasa doakan semoga segalanya berjalan lancar..

Saya sangat tdk sabar mahu pulang ke rumah manis rumah saya..lama saya x balik ke rumah sendiri.. saya rindu untuk tidur di katil sendiri di samping suami terchenta..oooppsss.. hehehe

Sangat tdk sabar mahu mandi di bilik air sendiri.. yer sgt pathetic bukan.. juga exagerrate.. begitulah jadinya bila sudah merantau hidup di hospital hampir sebulan yer esok sabtu genap sebulan di hospital.. 

Pelbagai perasaan terangkum bersama selama sebulan.. sedih benci meluat geram pasrah bercampur baur menghasilkan rasa seksa pada diri.. namun harus lah bertabah bukan buat sikecil di dalam ni.. ketahuilah nak mama rasa kadang2 give up jer.. pernah saya suarakan buat suami untuk ikat rahim saya dah x sanggup.. sebagai suami yg penuh pengertian dan kasih sayang beliau bersetuju.. tapi doctor menasihatkan untuk tdk sbb tdk punya reason yg cukup kuat.. doctor hanya blh buat sekiranya usia sdh tua, sdh punya anak yg terlalu ramai, ibu berisiko darah tinggi, kencing manis atau jantung juga pelbagai masalah lain.. saya dikira masih muda.. anak baru nak masuk 3, dan PP mungkin x berulang lagi.. aduh tapi saya cukup fobia untuk mengandung lagi..

Saya sering mendengar doctor bertanya patient yg lepas operate yg sdh dibenarkan pulang bagaimana cara untuk merancang.. saya hurrmm berfikir2 jugak apakah cara yg paling sesuai buat saya nanti.. pil, cucuk, implant atau iud.. namun saya tdk mahu mengganggu sistem hormon semulajadi, saya juga bkn lah pemakan pil yg tegar.. harus dibincangkan dgn encik suami jawapan untuk doctor nanti muahaha.. 

Amy Ismail : ngantuk di pagi hari.. yawwwwwnnnn..

Wednesday, May 4, 2011

Muhammad Adib Hakim

Hari ini hari rabu yang tenang.. hati saya saja yg tdk tenang memikirkan rabu depan saya bakal dibedah.. oleh kerana saya sudah mengkhatam 2 buah novel dlm 3 hari ini maka saya adalah sangat bosan.. mari mengupdate blog yerr..Hari ini saya mahu bercerita soal anak kedua saya yg bagi saya comel dengan keletah dan kecerdikannya.. nama yg kami pilih Muhammad Adib Hakim- membawa maksud yang bijak lagi pandai.. adib membesar seiring dengan namanya..Mengingat detik kelahirannya tdk lah sesukar melahirkan Adam.. saya tdk mengalami luka yg byk ketika melahirkan dia.. dia ialah bayi comel yg amat mudah diurus.. ketika dilahirkan dia adalah seberat 3.11kg..dilahirkan pada 22/11/06..Ketika masih bayi dan di dalam pantang dia cuma sekali saja berjaga malam.. ooh yer betul fakta bahawa setiap anak adalah tdk sama.. setiap anak pasti punya kelebihan dan kekurangan yg tersendiri.. begitu juga dgn 2 anak saya..Adib bayi yang sangat bertuah.. dia berpeluang menikmati susu badan yang berkhasiat sepenuhnya dari saya sehingga umur 2 tahun lebih..berbanding abgnya adam.. dia membesar dengan sihat dan jarang sakit.. dia punya IQ yang mengagumkan berbanding rakan seusia..Dia anak yang petah bercakap dan bercakap secara kreatif pada saya.. daya ingatan dia juga sangat mengagumkan..sungguh dia blh menghafal no kod 12 digit bagi kod permainan GTA di xbox.. bukan satu dua kod tapi byk..ya saya terasa terkagum di situ..pada usia 3 thn hampir 4 tahun beliau sudah boleh membaca sukukata mudah kini beliau sudah berusia 4 tahun lbh dia sudah blh membaca simple english juga bahasa melayu tanpa perlu mengeja..Dia insan kidal.. dia menulis dgn tangan kiri sampaikan makan pun kadang2 tersilap menggunakan tangan kiri..namun tulisannya sangat cantik berbanding rakan seusia mungkin diwarisi dari abahnya.. sbb tulisan saya sgt burukssss..selain yang baik2 dan indah2 mengenai si dia ini dia juga punya sisi yang tdk berapa indah.. dia adalah kanak2 yg suka merajuk dan agak keras hatinya.. garang dan sering memarah org.. saya selalu kalah pada dia sbb saya mmg alah dgn dia hati saya cukup lembut dgn dia betul lah kata org ikatan anak yg menyusu susu ibu punya ikatan nurani yg cukup halus..dia anak yg agak kecil tdk gebu dan montel mungkin kerana susu ibu sepenuhnya..Anakku Adib Hakim sesungguhnya mama sgt sayangkan kamu.. mama doakan semoga kamu membesar menjadi anak yg sihat , cerdik dan bakal menjadi anak soleh suatu hari nanti..BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 26

Hari ni sorg kawan PP saya di operate.. sepatutnya dijadualkan beliau csect pada pukul 10.30 tapi di panggil pada pukul 12 tghari.. pada pukul 3.00 ptg beliau selamat balik ke wad dan alhamdulillah pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi serius..

ooh saya pun harap pembedahan untuk saya nanti turut berjalan lancar.. tanpa sebarang komplikasi dan blh blk rumah on D2.. if bersalin normal blh blk even Day 1 lps baby kencing n berak.. but for csect on D2 baru blh balik..

ooh.. 7 days to go.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, May 3, 2011

Hari ke 25

Terlewat sehari mengupdate belog.. maaf saya busy.. wahhh busy..apakah..? ko jadi nurse? doctor? muahahaha tdklah saya busy baca buku cerita yg tiba2 jadi best bila dah sampai penghujung :)

Tdk ada apa yg menarik semalam cuma saya pindah position sbb area yg saya duduki org nak polish lantai sekaligus bersihkan.. so saya pindah ke belakang since kategori kritikal katanya maka seorang nurse standby kat belakang.. kesian.. tapi dia gerak2 jgklah tdk lah statik..semalam ada pulak baby kembar.. sepasang gurl n boy amatlah comel x hengat.. so nurse kat sebelah saya pegang salah sorang since mummy nya x sedar lagi after operation..bagus jgk kat sini if mummy operate baby mmg nurse yg jaga x mcm kemaman.. kesian baby x henti2 menangis..

Disebabkan lama saya dihospital banyak petua dan ilmu saya kutip dari nurse, doctor dan rakan2 se-wad.. kadangkala masa doc pakar bg nasihat kat org lain saya tumpang mendengar.. ni antara yg saya ingat mari kita kongsikan..

- Luka pembedahan lepas buka plaster mesti kena air baru cepat sembuh lukanya..
- Tempat luka pembedahan hendaklah dicuci dgn air garam suam sbb air garam merupakan antiseptik yg bagus..- by dr nasuha(specialist)
- Jgn minum pati haruan yg pekat 1-2 minggu selepas pembedahan supaya luka tersebut tdk sembuh mengejut yg mana blh menyebabkan usus melekat pada luka- doc karimah(specialist)
- digalakkan untuk pakai bengkung selepas bersalin walaupun pembedahan asalkan bengkung jenis bebas bernafas tapi lapik dgn tisu atau kain yg tdk melekat pada luka sebab bengkung tersebut blh menampu perut supaya tdk menekan pada mata luka.. tapi jgn ikat terlalu ketat yerr..- nurse
- ibu yg selepas bersalin hendaklah cuba bangun sendiri dan ke tandas supaya darah blh keluar dgn lancar untuk elakkan blood clog..
- ibu selepas bersalin tdk blh tahan kencing terlalu lama kerana blh sebabkan pendarahan yg byk..
- ibu hendaklah teran baby ketika disuruh sahaja untuk elakkan multiple tear..
- ibu selepas bersalin pembedahan boleh minum air kopi pekat dgn sedikit gula untuk hilangkan pening kesan dari dibius.


Amy Ismail: nanti update lagi kalau ada yg teringat.. x sia2 sebulan lbh di hospital muahahaha.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, May 1, 2011

Hari ke 24

“You can have it all. You just can't have it all at once. -Oprah”

Dalam sedar tak sedar sudah hampir sebulan daya di hospital.. hidup di hospital mmg sangat memberi impak tekanan buat diri saya.. iyer lah bayangkan terpaksa meninggalkan rumah, suami dan anak2 dalam tempoh hampir sebulan..

Soal kerja pula saya sudah hampir melupkan segalanya.. boleh?? hahaha saya mula cuti akhir bulan 2 tempohari..dan kini bulan 5 hurrm sudah 2 bln lbh bercuti.. dan x masuk site since januari.. hehehe lama giler..seronok?? iyer seronok.. tapi hurrmm.. saya x tahu nak arrange schedule mcm mana lepas ni??huurrrmm saya harap ada sesiapa blh bantu saya.. teringin nak amik bibik.. tapi.. hurrm nama still blacklist lagi kat imigresen sbb x byr denda bibik yg lari dulu..terasa serik pula mahu ambik bibik indon.. mahu ambil tempatan susah jugak.. semua x nak kerja rmh org.. semua nak kerja kat kedai mkn/ pasaraya.. pastu nak bercinta.. nak kawin haih.. pening gak nanti..

Pening jugak mikir nanti harap2 xperlu masuk site lagi for a while at least dpt normal hour dulu senang blh hantar taska dulu..harap2 blh join project dulu dgn pak wan n da gang..

update: Again scan ngan specialist today tp bkn mapping lg.. hati makin berdebar kencang bila dia kata i've got the PP type 4 posterior and anterior which is quite rare..placenta merentangi seluruh OS and senget..xder ruang langsung except sikit jer disebelah kiri.. hohoho.. and the csect gonna be cut thru the placenta.. have to expect severe bleeding during and maybe after operation..OMG!! serious sgt takut!!! huhuhu.. harap2 saya lucky dan tdk berlaku pendarahan serius..skrg darah saya kena ambik setiap hari utk monitor HB supaya x drop or at least maintain.. saya akn diberi vitamin khas yg sgt yuckssss utk increase HB..

Amy Ismail : doakan semoga saya di operate by specialist yg bagus dan segalanya selamat..Amin BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hari ke 21,22 dan 23

Hari ke 21

Alhamdulillah suami dan anak2 sempat melawat saya pada waktu melawat hati jumaat setelah berkejar balik dari Hyatt Kuantan.. setelah seminggu tdk berjumpa rindunya pada mereka..

Syukur mereka berdua boleh masuk ke wad untuk jumpa saya jadi saya tdk perlu keluar untuk jumpa mereka..rindu melihat keletah mereka..

Hari ke 22
Hari ni mereka dtg dtg tghari dan petang.. buat saya gumbira dan terisi.. tghari juga cik ngoh dan yani dtg menjenguk..tokmi bekalkan saya asam gumpal sedapnya.. separuh wad saya kongsikan..

Hari ke 23
Hari ni mereka masih bercuti sempena hari buruh.. mereka dtg petang.. bawakan saya sayur jambu golok sotong.. sedap nya masakan tokmi..sempat suapkan mereka mkn petang.. haha adam siap mintak tambah ngan nurse.. hehehe apa ingat kedai makan?? ptgnya habis waktu melawat mereka terus balik ke kerteh sebab esok isnin adam dah bersekolah..

Amy Ismail : saya semakin kurang menangis.. mungkin sudah alah bisa tegal biasa huhuhu sebab nurse dan keadaan sekeliling tdk begitu menekan saya..
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop